Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang dihormati

Peribahasa

Yang tegak disokong,
     yang lemah ditopang.

Bermaksud :

Orang kaya dimuliakan dihormati, sedangkan orang miskin dibantu dan ditolong.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
literatipujanggaKesusasteraanTiadaSasterawan yang dihormati kerana nilai karya dan fikirannya yang tinggi.
gravemakamKesenianSeni BinaTempat orang yang telah meninggal dunia dikebumikan, biasanya untuk golongan yang dihormati seperti raja dan pahlawan.
public valuenilai awamPentadbiranPentadbiran Awam

Sifat murni yang seharusnya dimiliki oleh masyarakat sebagai satu norma sosial dalam kehidupan seharian. Setiap kelompok masyarakat mempunyai nilai yang tersendiri seperti memerlukan kebebasan, keadilan, hak yang dihormati, keselesaan dan keamanan. Semua nilai ini diharapkan dapat dipelihara secara bersama oleh pemerintah dan anggota masyarakat secara serentak, walaupun hakikatnya mungkin hanya separuh tercapai.

bardbardaKesusasteraanTiadaSeniman puisi yang dihormati dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Seniman ini memainkan peranan utama sebagai individu yang membacakan puisi tertentu dalam perayaan tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Umumnya, puisi yang dibacakan berkisar tentang kegemilangan pencapaian suatu kelompok masyarakat atau meraikan watak hero yang hidup dalam budaya pemikiran masyarakat tersebut. Contohnya di Wales, barda masih berperanan penting dalam perayaan tahunan Eisteddfod yang bermula sejak abad ke-12, Barda mungkin boleh disamakan dengan tokoh penglipur lara dalam tradisi Melayu. Penglipur lara merupakan seniman rakyat yang berada di pentas utama dalam sesuatu upacara perayaan zaman silam. Mereka merupakan tukang cerita dan pemuisi yang mempersembahkan cerita dalam upacara tertentu, sama ada kepada khalayak istana ataupun desa. Sama seperti persembahan barda, persembahan penglipur lara Melayu juga d
testimonial formatformat pembuktianKomunikasiKorporatKaedah pengiklanan yang menggunakan cara pengendorsan melalui seorang jurucakap. Jurucakap yang dipilih adalah terdiri daripada individu yang mempunyai kedudukan yang dihormati dan dikenali serta pakar bidang yang pernah melalui pengalaman menggunakan barangan atau perkhidmatan yang diiklankan. Contohnya, seorang ketua jurutera pasukan pelumbaan Formula 1 yang memberikan kenyataan pembuktian tentang kehebatan minyak pelincir yang diiklankan. Kekuatan pendekatan iklan ini bergantung pada kewibawaan jurucakap yang memberikan bukti sebenar keistimewaan sesuatu barangan.
arbitratorpenimbang taraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrang yang membuat keputusan dalam prosiding penyelesaian pertikaian melalui proses timbang tara. Pemilihan penimbang tara bergantung kepada persetujuan pihak yang bertikai dan sesuatu kes boleh diputuskan oleh seorang penimbang tara sahaja ataupun lebih. Jika melibatkan lebih daripada seorang penimbang tara, ia dikenali sebagai tribunal timbang tara. Seorang penimbang tara tidak semestinya mempunyai latar belakang perundangan tetapi perlu mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan. Ketua negara atau individu-individu lain yang dihormati oleh kedua-dua pihak yang bertikai juga boleh menjadi penimbang tara. Contohnya, dalam kes Rainbow Warrior antara Perancis dengan New Zealand, setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah dilantik sebagai penimbang tara.
psychological needskeperluan psikologiGerontologiTiadaFaktor dalaman seperti ketenangan, kasih sayang dan perasaan dihormati yang perlu dipenuhi supaya individu itu mendapat kestabilan psikologi.
dignitydarjah; maruahSejarahTiada1. Gelaran, kedudukan atau pangkat yang tinggi atau jawatan yang tinggi.,2. Sifat sesuatu yang menunjukkan kemuliaan atau kebesaran serta dihormati.
ego needkeperluan egoPentadbiranTiadaKeperluan manusia untuk dihormati, dan disanjungi kerana kejayaan atau kedudukan yang telah dicapainya.
Justice of PeaceJaksa PendamaiPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang dilantik khas oleh Raja bagi memelihara keamanan dalam masyarakat. Bidang kuasa beliau tertakluk kepada undang-undang negara dan peruntukan kuasa yang diberikan kepadanya. Individu yang dilantik ini merupakan tokoh yang telah banyak berjasa kepada masyarakat dan dihormati. Ia menjadi rujukan kepada pihak tertentu dalam masyarakat terutamanya untuk menyelesaikan pertikaian. Kebanyakan Jaksa Pendamai dilantik di kalangan majistret yang biasa mengadili kes orang ramai. Jawatan ini berasal dari United Kingdom sejak tahun 1361 apabila King Edward III melantik orang ternama di setiap mukim bagi memelihara keamanan di tempat berkenaan. Singkatan JP.

12

Kembali ke atas