Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hakiki
Bahasa Asal :Arab
Kata Terbitan : kehakikian,
Rujuk :hak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
actual powerkuasa hakikiSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang dimiliki oleh individu, organisasi atau pemerintah yang sah dan diterima ramai. Kuasa ini mempunyai hak mutlak dalam membuat, meminda dan menggubal sesuatu dasar atau tindakan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Contohnya, kuasa hakiki dalam menentukan sesuatu perubahan atau pemindaan ke atas hal ehwal agama Islam di Malaysia, terletak di bawah tanggungjawab Majlis Raja-raja. Justeru itu, sebarang pindaan atau perubahan yang dibuat oleh badan atau organisasi lain tanpa persetujuan Majlis Raja-raja berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia dianggap tidak sah kerana tidak memiliki kuasa hakiki.
quiet quittingkerja lewaPentadbiranTiadaSikap pekerja yang tidak menunjukkan kesungguhan untuk bekerja dan hanya mahu melakukan kerja hakiki sahaja serta enggan melakukan kerja tambahan.
logocentrismlogosentrismeKesusasteraanTiadaPemikiran Barat yang memberikan keutamaan kepada perkataan sebagai pernyataan kebenaran. Dalam teologi Kristian, Logos disamakan dengan Tuhan dan kebenaran hakiki. Pemahaman logosentrisme ini disanggah oleh Derrida dan pengikutnya untuk mengajukan fahaman bahawa pusat makna yang stabil tidak wujud. Sebaliknya, makna sentiasa berada dalam keadaan berubah dan ketidakpastian. Lihat juga dekonstruksi.
referencerujukanKesusasteraanTiadaHubung kait antara entiti linguistik dengan dunia hakiki. Dalam falsafah bahasa dan ilmu semantik, rujukan boleh difahami sebagai hubung kait simbolik antara ungkapan linguistik dengan sesuatu objek yang konkrit atau abstrak yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan atau dirujuk oleh sesuatu kata di dunia nyata diistilahkan sebagai rujukan kata tersebut, contohnya rujukan bagi kata �kucing� ialah haiwan kucing dalam dunia nyata. Rujukan merupakan suatu aspek maksud yang perlu dibandingkan dan dibezakan dengan maksud konseptual atau maksud kognitif sesuatu kata. Maksud konseptual diistilahkan sebagai maksud denotasi yang tiada kaitan dengan dunia nyata tetapi hanya wujud secara abstrak dalam sistem bahasa. Imej mental sesuatu rujukan boleh disamakan dengan apa yang dilambangkan dalam istilah Saussure.
?usn al-ta�l?l?usn al-ta�l?lKesusasteraanTiadaPenafian seseorang pujangga tentang sesuatu hal secara berterus-terang atau tersirat. Penafian mempunyai nilai estetik yang unik bersesuaian dengan maksud yang dikehendaki. Dengan kata lain, seseorang pujangga itu memberikan alasan yang tidak hakiki terhadap sesuatu fenomena yang telah sedia ada. Dari sudut bahasa, ?usn al-ta�l?l bernaksud �alasan yang elok atau baik�. Contohnya dalam puisi Diwan yang ditulis oleh al-Ma�arri: ??????? ??? Ertinya: Tiadalah warna hitam di bulan pernama nan bercahaya, sesuatu yang telah ada sejak lama, tetapi kotoran di wajahnya itu, hanyalah kesan tamparannya. Penyair mendakwa bahawa kekotoran yang terdapat pada permukaan bulan purnama bukan disebabkan oleh fenomena alam, tetapi disebabkan kesan tamparan yang dilakukan oleh bulan itu sendiri akibat kecewa berpisah dengan kekasihnya. Lihat juga ilmu al-bad?
direct electionpemilihan langsungSains PolitikPolitik PerbandinganPemilihan pemimpin yang dilakukan sendiri oleh warganegara di sesebuah negara. Proses ini dapat difahami dengan jelas melalui perbandingan pemilihan yang berlaku dalam demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Dalam demokrasi berpresiden, rakyat yang menentu dan melakukan sendiri pemilihan Presiden, Naib Presiden dan juga ahli Kongres. Undi rakyat menentukan secara langsung calon yang bakal memegang jawatan-jawatan ini. Dalam sistem demokrasi berparlimen pula, pengundi hanya memilih wakil ke Parlimen. Rakyat tidak memilih calon yang bakal menyandang jawatan Perdana Menteri dan juga ahli kabinet. Jawatan tersebut dipilih melalui persetujuan yang dicapai secara majoriti oleh ahli Parlimen. Dalam erti kata lain, pemilihan langsung merujuk kepada proses pemilihan yang ditentukan sendiri oleh rakyat terhadap sesuatu pemilihan secara hakiki.

Kembali ke atas