de facto | yang sebenarnya/ defakto | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
positive economics | ekonomi positif | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi tentang apa yang sebenarnya terjadi, tanpa melibatkan pertimbangan nilai apabila sesuatu dasar digunakan. Ekonomi ini menganalisis sebab dan akibat sesuatu tindakan ekonomi dengan berpandukan pengamatan dan bukti empirik. |
ideal | unggul/ideal | Kesusasteraan | Tiada | Dengan segala unsur keindahan yang dilebih-lebihkan daripada yang sebenarnya. |
split injection mode | mod suntikan berpecah | Kimia | Kimia Analisis | Satu teknik pensampelan dalam kromatografi gas. Hanya sebahagian tertentu sahaja daripada sampel yang disuntik yang sebenarnya masuk ke dalam turus rerambut untuk mengelakkan muatan lampau pada turus itu. |
parenthesis | tanda kurung | Kesusasteraan | Tiada | Kata, frasa, atau suku kalimat yang di sisipkan ke dalam kalimat yang sebenarnya sudah lengkap. |
de facto | de facto | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi yang menggambarkan individu atau pihak yang sebenarnya berkuasa dalam sesebuah organisasi, walaupun tidak memegang jawatan berkenaan secara rasmi. Individu yang bersifat de facto ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai keabsahan, tetapi lebih merujuk kepada autoriti dalam memberi arahan, perintah dan penentu keputusan kesatuan atau pemerintahan. Segala tindakan dan arahan de facto biasanya bersifat di belakang tabir. Contohnya, negara Rhodesia sebelum pembentukan Zimbabwe berada di bawah pemerintahan de facto Britain. Sinonim pada hakikatnya. |
boasting poem | puisi degar | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dibentuk dengan menerapkan bahasa dan unsur� unsur yang berlebih-lebihan untuk menyampaikan sesuatu pemikiran yang sebenarnya tidak sehebat penerapan bahasanya itu. Penampilan sedemikian bertujuan untuk menarik perhatian khalayak. Contohnya, Air didih menganak sungai |
meiosis | ungkapan merendah | Kesusasteraan | Puisi | Gaya pengucapan penyair dalam menyampaikan sesuatu pandangan, gurauan atau sindiran. Penyair mengucapkannya dengan gambaran yang lebih kecil daripada yang sebenarnya supaya gurauan itu tidak begitu keras mengenai sasarannya. Contohnya, baris kedua, rangkap pertama dalam puisi berjudul "Sepasang Tubuh" karya Wan A. Rafar di bawah dapat dikatakan ungkapan merendah yang bersifat gurauan. Sinonim miosis. aku adalah rakyatmu yang lebih kecil dari seekor semut |
puppet regime | rejim boneka | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang memerintah berpandukan arahan pihak lain atau mengikut telunjuk kuasa luar yang sebenarnya menguasai kerajaan tersebut dari belakang tabir. Rejim ini memiliki imej yang boleh diterima orang ramai seperti terdiri daripada golongan tempatan, bumiputera, bersifat baik dan mempunyai keturunan pemerintah sebelum ini. Pemerintah ini diberi imbuhan atau kedudukan yang baik asalkan menurut arahan dan tidak boleh menjalankan sesuatu dasar atau melaksanakan sesuatu perintah yang bertentangan dengan kepentingan pihak luar tersebut. Hal ini bermakna, pemerintah boneka sebenarnya tidak bebas dan terpaksa mendengar arahan dan telunjuk kuasa luar. Rejim boneka ini diwujudkan untuk kepentingan golongan yang mempunyai kuasa tetapi tidak mahu kehadirannya disedari oleh orang ramai. Contohnya, kerajaan Pinochet di Chile pada tahun 1971 yang menjatuhkan Allende hasil daripada bantuan Amerika Syarikat. |
meiosis | meiosis | Kesusasteraan | Tiada | Majas yang sama maksudnya dengan bahasa merendah, iaitu gambaran yang diberikan tentang sesuatu, terasa lebih kecil atau kurang penting daripada keadaan sebenarnya yang berlaku. |