bruise | lebam | Perubatan | Tiada | Ketimbunan darah di dalam tisu perantara pada kawasan yang tercedera, yang biasanya dilihat sebagai bengkak yang berwarna kemerah-merahan, kemudian menjadi kebiru-biruan dan seterusnya bertukar menjadi kekuning-kuningan. |
trachelorrhaphy | trakelorafi | Perubatan | Tiada | Penjahitan untuk membaik pulih serviks rahim yang tercedera. |
splint | penganduh | Perubatan | Tiada | Alat yang digunakan untuk menghalang pergerakan sendi atau tulang yang tercedera. |
first aid | pertolongan cemas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Prosedur atau tatacara yang digunakan dalam kecemasan untuk membantu pesakit yang tercedera atau sakit sebelum ketibaan doktor atau dimasukkan ke dalam hospital. |
common law defenses | pembelaan common law | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alasan atau rayuan yang boleh menggagalkan dakwaan seseorang pekerja yang tercedera terhadap majikannya melainkan ada undang-undang pampasan pekerja atau liabiliti majikan. Tiga pembelaan atau alasan itu ialah kecuaian sertaan, risiko tertanggung dan peraturan kecederaan disebabkan oleh rakan sekerja. |
5-hydroxytryptamine | 5-hidroksitriptamina | Farmasi | Tiada | Faktor platelet yang terlibat dalam pembekuan darah dan bertindak sebagai vasokonstriktor pada hujung saluran darah yang tercedera. |
petrolatum | petrolatum | Perubatan | Tiada | Campuran hidrokarbon separa pejal tulen yang diperoleh daripada petroleum, digunakan sebagai bahan utama penyediaan salap. Campuran ini juga melindungi kulit yang tercedera atau mengalami jangkitan daripada terdedah, di samping melegakan rasa sakit. |
disability pension | pencen hilang upaya | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Keadaan yang menyebabkan pihak tercedera tidak boleh bekerja langsung seumur hidupnya. Kebanyakan undang-undang pampasan pekerja memperuntukkan bahawa kecederaan tertentu seperti kehilangan kaki, seharusnya menjadikan hilang upaya menyeluruh kekal tanpa mengambil kira kemampuan orang yang tercedera untuk membuat kerja-kerja ringan. |
permanent total disability | hilang upaya menyeluruh kekal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Keadaan yang menyebabkan pihak tercedera tidak boleh bekerja langsung seumur hidup. Kebanyakan undang-undang pampasan menyatakan bahawa kecederaan tertentu seperti kehilangan kaki seharusnya menjadi hilang upaya menyeluruh kekal tanpa mengambil kira kemampuan orang yang tercedera untuk membuat kerja ringan. |
callus | kalus | Perubatan | Tiada | 1. Penebalan setempat keratin kulit disebabkan tekanan atau geselan secara kronik. Kalus biasanya terjadi di tapak kaki, tangan, lutut dan siku. 2. Tulang baru yang terbentuk di sekeliling tulang yang tercedera semasa proses penyembuhannya. |