Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kini (adverba)
Bersinonim dengan sekarang ini, waktu ini, dewasa ini, mutakhir;,
Kata Terbitan : terkini,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
psychiatric interviewwawancara psikiatriPerubatanPsikiatriProses menemu bual individu untuk mendapatkan sejarah psikiatri dan membuat penilaian terhadap tahap kesihatan mentalnya yang terkini.
synapomorphysinapomorfiBioinformatikBioinformatik MolekulKewujudan sifat dalam dua atau lebih kumpulan takson yang terevolusi daripada leluhur sama yang terkini (MRCA). Contohnya, rambut adalah sinapomorfi bagi marsupial, primat dan taksa dalam kelas mamalia.
primitiveprimitifBioinformatikBioinformatik MolekulSifat asal dari leluhur sama yang kekal tanpa perubahan dari satu generasi ke satu generasi yang terkini.
present state examinationpemeriksaan keadaan kiniPerubatanPsikiatriPemeriksaan terhadap pesakit yang meliputi keadaan tingkah laku, percakapan, emosi, pemikiran, persepsi dan kognitif yang terkini.
botanical verificationpenentusahan botaniHerbaTiadaKaedah yang digunakan untuk menentusahkan spesies tumbuh-tumbuhan berdasarkan maklumat nama binomial Latin yang terkini, sinonimnya, nama tempatan, bahagian tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk setiap sediaan serta arahan terperinci pengeluaran pertanian dan syarat pengumpulan berdasarkan Amalan Pertanian dan Pengumpulan Baik (GACP) sesebuah negara.
health information exchange (HIE)pertukaran maklumat kesihatan (HIE)Teknologi Maklumate-KesihatanProses pergerakan dan perkongsian maklumat kesihatan secara dalam talian merentasi pelbagai organisasi. Proses ini akan menambah baik koordinasi penjagaan kesihatan dengan memberikan maklum balas maklumat penjagaan kesihatan yang terkini. Proses ini juga dapat meningkatkan kelajuan, kualiti, keselamatan dan kos penjagaan pesakit.
bandwidth junkiekaki lebar jalurTeknologi MaklumatTiadaPengguna lebar jalur yang tidak pernah puas dengan kelajuan yang ada dan akan berusaha untuk mendapatkan lebar jalur yang terpantas melalui teknologi yang terkini. Pengguna ini biasanya terdiri daripada mereka yang menggunakan Internet untuk memuat turun fail-fail besar seperti lagu, video dan permainan.
archaickerja kunoKesenianHiasan DalamanHasil seni yang bersifat purba, lama dan tua. Kerja kuno berbeza dengan seni primitif kerana hasil seni kuno telah melalui perkembangan secara berperingkat yang akhirnya mewujudkan bentuk seni yang terkini dan lebih sempurna. Kerja kuno biasanya melibatkan kerja-kerja yang dihasilkan pada pada zaman Yunani Kuno atau pada era sekitar 1100 SM hingga 600 Masihi.
batch processing recordrekod pemprosesan kelompokHerbaPeraturan dan PemasaranDokumen yang berkaitan dengan setiap tahap dalam pemprosesan suatu kelompok produk herba. Rekod ini berdasarkan Formula Pengilangan dan Arahan Pemprosesan yang terkini dan disahkan. Rekod ini mengandungi maklumat seperti nama produk dan nombor kelompok yang dikilang, tarikh dan waktu operasi pengeluaran bermula dan berakhir, nama individu yang bertanggung jawab pada setiap tahap pengeluaran, dan maklumat lain yang berkaitan. Rekod ini adalah sebahagian daripada rekod pengilangan kelompok.
contract acceptorpenerima kontrakHerbaPeraturan dan PemasaranSyarikat atau pengilang yang bersetuju untuk melakukan suatu urusan kerja berdasarkan perjanjian yang sah mengikut undang-undang dengan pemberi kontrak. Menurut panduan amalan pengilangan baik Produk Tradisional dan Tambahan Kesihatan Malaysia, penerima kontrak harus mematuhi garis panduan yang terkini. Penerima kontrak juga perlu memastikan bahawa semua produk, bahan-bahan atau keputusan pengujian yang diserahkan adalah bersesuaian dengan kehendak pemberi kontrak.
1234

Kembali ke atas