Z-plasty | plasti-Z | Kejururawatan | Tiada | Teknik insisi bentuk Z yang digunakan dalam pembedahan plastik untuk melegakan ketegangan tisu parut. |
Z-track | trak-Z | Kejururawatan | Tiada | Teknik suntikan yang digunakan untuk pemberian ubat yang beriritasi. Kulit dan tisu subkutaneus ditarik ke sisi sebelum jarum dimasukkan ke dalam otot di tapak yang dikenal pasti, dan ubat disuntik perlahan-lahan. |
gen Z learners | pelajar gen Z | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Singkatan bagi pelajar generasi Z. Lihat juga pelajar sentinial. |
zajal | zajal | Kesusasteraan | Tiada | Puisi lisan tradisional yang disampaikan dalam dialek tempatan. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol). Sebahagian puisi z?j?l dicipta secara improvisasi dan sebahagiannya dipersembahkan dalam bentuk perbahasan. Biasanya, persembahan dilakukan oleh sekumpulan penyanyi lelaki yang mendendangkan sebahagian daripada puisi tersebut, diiringi alat muzik seperti gendang dan serunai. Kemunculan puisi ini berpunca daripada perkembangan puisi muwashshahah di Andalaus. Puisi z?j?l dan muwashshahah mempunyai ciri persamaan yang ketara terutamanya dari segi penggunaan dialek tempatan dan strukturnya. Seterusnya, muncul pada z?j?l yang menggunakan bahasa Arab standard hasil penglibatan penyair Arab jati yang mendiami Andalus. Kemunculan z?j?l bukan sahaja memperkaya perbendaharaan seni sastera Arab, tetapi juga menonjolkan seni berasaskan dominsi etnik Barbar. Pelopor puisi ini ialah Abu Bakr Ibn Quzman yang berketurunan Barbar. Selain Ibn Quzman, terdapat beberapa orang penyair yang terlibat secara langsung dalam penciptaan puisi z?j?l, contohnya Isa al-Baladi, Abu Umar bin al-Zahir al-Ishbili, dan Abu Hasan al-Maqqari al-Dani. Zajal dalam bahasa arab bermaksud �dengungan jin pada waktu malam�. Lihat juga al-muwashshahah. |
lisp | lispa | Sains Kesihatan | Tiada | Masalah menghasilkan bunyi geseran seperti /s/ dan /z/ disebabkan lidah berada di kedudukan yang tidak sepatutnya. |
mass analyzer | penganalisis jisim | Fizik | Nanoteknologi | Spektrometer jisim yang digunakan untuk menentukan komposisi kimia suatu sampel berasaskan pemisahan ion mengikut nisbah jisim per cas (m/z). Bahan sampel analisis ini terlebih dahulu dijadikan ion bergas dan dialirkan dalam medan magnet dan elektrik. Alat ini juga dapat menentukan komposisi isotop satu atau lebih unsur dalam sesuatu sebatian. |
ionic strength | kekuatan ion | Kimia | Kimia Analisis | Ukuran keamatan medan elektrik yang terdapat dalam satu larutan. Bagi sesuatu larutan elektrolit, kekuatan ion I diberi oleh I = ½ Si Mi Zi2 dengan z ialah cas pada spesies ionik dan M ialah kepekatan dalam molar spesies ion itu. Penambahan dibuat bagi setiap spesies ion i dalam larutan. |
Vernam cipher | sifer Vernam | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan sifer alir yang menggunakan kaedah yang sama dengan pad sekali guna. Kaedah ini dicipta oleh Gilbert S. Vernam dari Syarikat AT & T bertujuan untuk penyulitan data pada sistem komputer pita tebuk. Suatu rentetan nombor rawak dijana mengikut panjang aksara mesej yang ingin disulitkan. Setiap aksara dalam mesej berkenaan akan diwakilkan dengan nombor. Contohnya, A=0, B=1, C=2 hingga Z=25. Bagi setiap aksara, nilai perwakialan nombornya akan ditambahkan dengan nombor rawak yang dijanakan untuk kedudukan yang sama dalam mesej dan kemudiannya dimodulus 26. Seterusnya, hasil tersebut akan ditukarkan ke bentuk abjad dengan menyongsangkan kaedah perwakilan nombor. Contohnya, 0=A, 1=B, 2=C hingga 25=Z. Proses yang sama akan berulangan sehingga keseluruhan mesej disulitkan. |
readerly | mesra baca | Kesusasteraan | Tiada | Sifat teks yang bahasanya bersifat telus dan menggambarkan alam secara harfiah. Jalan cerita dan perwatakan dalam teks agak jelas. Oleh itu, pembaca hanya memainkan peranan yang pasif. Jenis karya ini diperkenalkan oleh pengkritik strukturalisme Perancis, iaitu Roland Barthes dalam bukunya bertajuk S/Z pada tahun 1970 bagi membezakannya dengan jenis karya yang dikenali sebagai cabar baca. Lihat juga cabar baca. |
poststructuralist criticism | kritikan pascastrukturalis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang mempertikaikan kestabilan struktur dan makna dalam kesepaduan sistem bahasa kerana kedua-duanya dianggap sebagai sautu ilusi. Pascastrukturalis menaungi beberapa pendekatan kritikan satea termasuklah dekonstruksi, kritikan respos pembaca, kritikan feminis dan kritikan pascakolonial. Secara dasarnya, kritikan pascastrukturalis cuba melengkapi kekurangan kritikan strukturalis yang mengabaikan elemen-elemen dalam karya sastea seperti perana pembaca dan pengarang serta fungsi ideologi. Contoh pengkritik yang mengamalkan kritikan pascastrukturalis ialah Jacques Derrida dengan teori dikonstruksinya, Roland Barthes dalam karyanya berjudul S/Z, Jacques Lacan dan Julia Kristeva dalam teori-teori psikoanalitiknya. Kritikan ini berasaskan aliran pascastrukturalisme. Lihat juga dekonstruksi, kritikan pascakolonial, kritikan struktural. |