olive | zaitun | Herba | Tiada | Tumbuhan daripada genus Olea dalam order Schrophulariales terutamanya pohon zaitun (Olea europaea) yang ditanam untuk buah drupanya. Buah zaitun ranum berwarna hitam sesuai untuk dimakan dan buah zaitun muda berwarna hijau mempunyai kandungan minyak yang tinggi. Minyak zaitun digunakan sebagai emolien dalam rawatan penyakit kulit dan sebagai bahan nutrien. |
hepatic | hepatik | Herba | Tiada | Herba yang digunakan untuk menguatkan, meningkatkan dan menggalakkan pengaliran hempedu bagi mengekalkan fungsi hati pada paras normal. Contoh herba ini ialah buah zaitun dan dukung anak. |
virgin oil | minyak dara | Herba | Tiada | Minyak tetap yang diperoleh daripada bahan herba secara perahan atau kaedah perahan mekanikal lain yang bersesuaian tanpa melibatkan penggunaan haba. Contohnya, minyak zaitun dara dan minyak kelapa dara. |
carrier oil | minyak pembawa | Herba | Tiada | Minyak untuk mencairkan minyak pati atau minyak mutlak yang digunakan sebagai minyak sapu atau produk penjagaan tubuh. Minyak ini diperoleh daripada tumbuhan atau mineral. Minyak pembawa juga dikenali sebagai minyak asas atau minyak dasar. Contohnya, minyak zaitun, minyak kelapa, minyak sawit dan parafin. |
acid value | nilai asid | Herba | Tiada | Nombor yang menyatakan jumlah dalam miligram kalium hidroksida yang diperlukan untuk meneutralkan asid bebas bagi satu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan asid karboksilik yang terdapat dalam asid lemak bebas dan menandakan tahap ketengikan minyak, lemak dan lilin daripada bahan mentah dan sediaan herba. Sejumlah berat bahan herba dilarutkan dalam pelarut organik dan hasilan dititrat dengan kalium hidroksida menggunakan fenolftalein sebagai indikator. Nilai diperoleh daripada ungkapan 5.610v/w, iaitu v ialah isi padu kalium hidroksida dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai asid piawai bagi sediaan titisan telinga mengandungi minyak zaitun dara tidak melebihi 2.0, lemak keras tidak melebihi 0.5 dan lilin lebah putih di antara 17.0-24.0. |