Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zat] | ذات

Definisi : 1. sesuatu yg menyebabkan wujudnya sesuatu benda; 2. bahagian drpd sesuatu benda, pati atau inti drpd sesuatu (spt makanan dll); ~ Allah wujudnya Allah yg berdiri dgn sendirinya; ~ hijau klorofil; ~ makanan vitamin; berzat mengandungi zat: makanan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zat] | ذات

Definisi : 1 hakikat; wujudnya: ~ Allah. 2 sesuatu yg mewujudkan sesuatu benda atau yg menjadi bahagian drpd sesuatu yg lain; unsur (dlm kimia). 3 pati atau inti drpd sesuatu (spt makanan). ~ Allah wujudnya Allah, yg wujud dgn sendirinya. ~ hijau klorofil. ~ kapur kalsium. ~ larutan bahan yg larut dlm bahan lain. ~ makanan zat yg terdapat dlm makanan dan diperlukan oleh tubuh. berzat mempunyai atau ada zat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
partition chromatographykromatografi sekatanKimiaKimia AnalisisTeknik kromatografi yang berdasarkan nisbah taburan zat-zat yang berlainan di antara fasa pegun (cecair) dengan fasa gerak cecair atau gas. Contohnya kromatografi cecair-cecair dan kromatografi gas cecair.
solubility equilibriumkeseimbangan keterlarutanKimiaKimia AnalisisKeadaan apabila kadar zat terlarut tulen melarut sama dengan kadar zat tersebut keluar dari larutan. Zat terlarut mungkin terdiri daripada pepejal, cecair, atau gas.
diffusion coefficentpekali pembauranKimiaKimia Analisis1. Pernyataan keupayaan pembauran suatu zat terlarut di dalam fasa bergerak (dalam teknik kromatografi). Keupayaan atau kadar pembauran yang tinggi dalam fasa bergerak akan menyebabkan jalur zat terlarut terserak secara paksian di sepanjang turus dan ini mengakibatkan pelebaran puncak. 2. Berat sesuatu bahan dalam gram yang tersebar dalam kawasan seluas 1 cm persegi dalam satu saat dalam unit kecerunan kepekatan.
adsorbatezat terjerapKimiaKimia AnalisisBahan dalam bentuk gas atau cecair yang boleh dipisahkan secara penjerapan.
substance puricationpenulenan zatKimiaKimia AnalisisSuatu kaedah yang berkesan dalam penulenan logam-logam tertentu. Penulenan kuprum merupakan contoh penulenan yang dilakukan secara besar-besaran. Logam kuprum yang tidak tulen dijadikan anod dalam rendaman asid sulfurik dan kuprum dilarutkan secara elektrolisis, membentuk larutan kuprum sulfat. Ion kuprum terbentuk di katod menghasilkan logam kuprum yang tulen. Keberkesanan kaedah ini disebabkan oleh ketakterlarutan bendasing dalam elektrolit tersebut.
reagnetreagenKimiaKimia AnalisisSebarang zat atau bahan kimia yang digunakan dalam tindak balas kimia untuk tujuan mengesan, mengukur, mengkaji atau menganalisis bahan lain. Ketulenan dan kepekaan merupakan sifat-sifat yang diperlukan bagi sesuatu reagen.
concentrationkepekatanKimiaKimia AnalisisKuantiti zat terlarut yang larut dalam suatu kuantiti medium. Antara unit kepekatan larutan ialah molar, molal, gram per mol, bahagian perjuta (bpj) dan sebagainya.
auricaurik; emasGeologiTiadaBerhubung dengan zat mengandungi emas, terutamanya emas dalam keadaan trivalennya.
resin acidasid resinKimiaKimia AnalisisZat cecair atau pepejal melekit yang mudah terbakar dan tak laru dalam air. Asid resin disediakan melalui pempolimeran dan digunakan dalam industri plastik.
countercurrent distributiontaburan arus lawanKimiaKimia AnalisisTaburan campuran zat terlarut yang berulang di antara dua pelarut tak boleh campur dalam satu siri bekas dalam mana dua fasa pelarut bersentuhan. Komponen tertabur di dalam bekas berdasarkan pekali sekatan masing-masing. bd. pengekstrakan arus lawan.
1234

Kembali ke atas