Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zink] | زيڠک

Definisi : (Kim) sj logam berwarna biru keputihputihan (banyak digunakan utk atap dll); ~ kromat pewarna cat yg berbentuk pigmen berwarna kuning yg beracun dan digunakan utk mengurangkan kesan hakisan pd keluli atau utk menghalang karat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zink] | زيڠک

Definisi : logam berwarna biru keputih-putihan dan banyak digunakan utk atap dll; timah sari; ayan: Rumahnya beratap ~. ~ fosfida ist serbuk spt pasir berwarna kelabu dan beracun, digunakan sbg racun tikus, dlm ubat-ubatan dsb. ~ hidroksida ist hablur tidak berwarna yg larut di dlm air dan digunakan sbg perantara kimia dll. ~ karbonat ist hablur putih yg tidak larut di dlm air dan digunakan di dlm tembikar, ubat dll. ~ klorida ist hablur putih yg larut dlm air dan alkohol dan digunakan sbg mangkin, dlm penyaduran elektrik dll. ~ kromat pewarna cat yg berbentuk pigmen berwarna kuning, yg beracun dan digunakan utk mengurangkan kesan hakisan dan kakisan pd keluli (utk menghalang karat). ~ oksida ist serbuk putih kekelabu-kelabuan yg tidak larut di dlm air dan digunakan dlm alat solek, sbg bahan pewarna dlm cat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zink


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
calaminekalaminaKimiaTiada1. Zink silikat trhidrat yang mengandungi 67.5% zink oksida. Kalamina ialah sumber logam zink. 2. Zink oksida yang mengandungi kuantiti ferik oksida yang kecil. Kuantiti zink oksida mestilah 98% dalam campuran tersebut. Kalamina larut di dalam asid mineral, tetapi tidak larut di dalam air. Kalamina digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan.
zinc salt poisoningkeracunan garam zinkKimiaForensikKeracunan akibat termakan atau tersedut garam zink terlarut, misalnya zink klorida dan zink sulfat. Gejala keracunan termasuk rasa pedih pada mulut dan kerongkong, muntah, cirit-birit, sakit abdomen dan dada, dan dalam kes teruk, kejutan dan koma. Had pendedahan ialah 0.002 mg/L.
zinc poisoningkeracunan zinkKimiaForensikKeracunan akibat penyedutan wasap zink oksida yang terbebas dalam pengimpalan dan pemotongan zink, dan peleburan aloi zink atau besi tergalvan. Wasap ini menyebabkan demam wasap logam dan merengsakan paru-paru. Keracunan kronik tidak berlaku. Gejala keracunan akut ialah sakit otot, kabur penglihatan, rasa payau dan demam seperti malaria. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah edema pulmonari dan kerosakan pada saluran pernafasan. Had pendedahan ialah 5 �g /L.
zink stearatezink stearatKimiaForensikFormula kimia, Zn(C18H35O2)2. Serbuk putih, tak larut dalam air, etanol dan eter, larut dalam benzena dan menyerap minyak dan bau dengan mudah. Zink stearat digunakan sebagai serbuk untuk mengurangkan kerengsaan kulit, sebagai astringen, dan sebagai antiseptik setempat sederhana kuat. Zink stearat juga digunakan dalam industri getah, yang had pendedahannya ialah 10 mg/m3. Kesan sampingan oleh penyedutan akan merengsa paru-paru, yang menyebabkan pneumonitis kimia progresif.
zinc finger proteinprotein jejari zinkBiologiGenetikProtein yang mempunyai motif asid amino yang berulang dan dicirikan oleh kandungan sistina dan histidina yang membentuk tapak pengikatan zink. jejari zink, protein jejari.
zinc chloride poisoningkeracunan zink kloridaKimiaForensikKeracunan akibat penyedutan wasap zink klorida, iaitu garam zink terlarut yang terdapat dalam deodoran dan bahan disinfektan dan pengawetan mayat. Wasapnya merengsakan paru-paru. Keracunan kronik tidak berlaku. Tanda utama keracunan akut ialah sakit otot dan demam. Penyedutan wasap menyebabkan edema pulmonari dengan sianosis dan dispnea. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah edema pulmonari dan kerosakan pada saluran pernafasan. Had pendedahan ialah 1 �g /L.
calaminekalaminKimiaTiada2.Zink silikat terhidrat yang mengandung 67.5% zink oksida,3. Zink oksida yang mengandung kuantiti ferik oksida yang kecil.
zinczinkKimiaTiadaUnsur logam peralihan dalam kumpulan IIB (atau 12) jadual berkala, simbol Zn, nombor atom 30, berat atom 65.39, nombor pengoksidaan +2, takat lebur 419°C, takat didih 907°C, berbentuk pepejal putih berkilauan, tertempakan, sangat elektropositif, larut di dalam asid dan alkali tetapi tidak larut di dalam air dan terdapat lima isotop yang stabil. sumber semula jadi zink ialah bijih zink spar, zink blend dan zinsit. Zink diekstrak daripada bijihnya secara penyulingan. Unsur ini digunakan untuk membuat aloi dan elektrod sel kering.
desilverizationpendeargentumanKimiaTiadaPenyingkiran argentum daripada plumbum dengana mencampurkan zink kepada plumbum lebur. Zink tersebut akan bergabung dengan argentum yang terdapat pada plumbum lebur untuk membentuk sebatian yang tidak larut di dalam leburan plumbum, dan dengan itu sebatian ini mudah diasingkan.
redox reactiontindak balas redoksKimiaTiadaTindak balas penurunan dan pengoksidaan yang berlaku serentak dalam tindak balas kimia. Misalnya, tindak balas kuprum(II) oksida dengan zink menghasilkan logam kuprum dan zink(II) oksida. Dalam tindak balas ini, kuprum(II) oksida diturunkan menjadi logam kuprum manakala logam zink dioksidakan menjadi zink(II) oksida. Tindak balas ini melibatkan pemindahan elektron dari zink (iaitu tindak balas pengoksidaan) kepada ion kuprum(II) (iaitu tindak balas penurunan).
12345678910...

Kembali ke atas