Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zu.plank.ton] | زوڤلنکتون

Definisi : /zuplankton/ ist plankton yg terdiri drpd haiwan-haiwan seni yg merupakan sumber makanan ikan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zooplankton


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zooplanktonzooplanktonPerikananAkuakulturHaiwan seni atau organisma heterotropik yang hidup di dalam air laut dan air tawar. Sebahagian daripada zooplankton merupakan makanan yang penting dalam aktiviti pembenihan ikan dan udang. Contoh zooplankton ialah artemia, moina, rotifer, dan kopepod.
planktivorousplanktivorusSains MarinTiadaOrganisma yang memakan plankton sama ada fitoplankton atau zooplankton. Planktivorus memperoleh makanan daripada pelbagai cara, sama ada yang memakan plankton secara selektif atau secara rambang. Contohnya, spesies ikan karang yang secara selektif mengutip zooplankton dari badan air. Organisma penuras ampaian seperti Bivalvia menapis sejumlah besar air dan menelan plankton secara pukal. Organisma besar seperti pari manta dan jerung paus berenang dengan mulut terbuka untuk menyaring air. Terdapat juga organisma yang mengepam air dan menapis menggunakan lembaran mukus.
infosuriainfosuriaPerikananAkuakulturSejenis zooplankton yang sangat halus dan seni yang terdapat di dalam air tawar. Saiz infosuria yang kecil membuatkannya sesuai untuk dijadikan sebagai makanan anak ikan yang baru menetas dengan saiz pembukaan mulut anak ikan yang kecil seperti anak ikan ketutu. Infosuria diperlukan untuk pembentukan dan memenuhi keperluan nutrisi anak ikan. Infosuria boleh dihasilkan dengan merendam bahan tumbuhan seperti kulit betik atau kubis di dalam bekas berair sehingga mereput. Infosuria juga boleh dilihat dengan mata kasar sebagai benda asing atau serbuk berwarna putih yang berenang secara putaran di atas permukaan air pada waktu pagi.
cystsistaPerikananAkuakulturTelur zooplankton yang berada dalam keadaan dorman atau rehat. Contohnya, sista artemia, moina, dan Daphnia.
Daphnia magnaDaphnia magnaPerikananAkuakulturSejenis zooplankton yang sangat halus dan dijadikan sebagai makanan untuk benih ikan pada peringkat asuhan juvenil. Saiz Daphnia magna lebih besar daripada moina, iaitu sekitar 800 – 5100 mikron. Daphnia magna kurang sesuai diberikan kepada rega atau benih ikan yang mempunyai saiz bukaan mulut kurang daripada 1000 mikron dan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi terutamanya protein, iaitu sekitar 60% (berat kering). Apabila persekitaran tidak sesuai, Daphnia magna berupaya untuk membiak dengan sendiri dan menghasilkan telur sehingga 300 biji.
moinamoinaPerikananAkuakulturSejenis kutu air atau zooplankton air tawar halus dari kumpulan Kladosera yang digunakan sebagai makanan hidup kepada rega, benih ikan atau udang air tawar.
microscopic organismorganisma mikroskopikPerikananAkuakulturHaiwan atau tumbuh-tumbuhan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti zooplankton dan fitoplanton. Mikroskop diperlukan untuk melihat haiwan atau tumbuh-tumbuhan tersebut.
planktonplanktonPerikananAkuakulturOrganisma yang bergerak secara perlahan dan mengikut arus air di dalam badan air. Contoh plankton ialah fitoplankton dan zooplankton.
marine snowsalji samuderaSains MarinTiadaAgregat yang rapuh atau lemah hasil daripada pengumpulan atau gabungan molekul terlarut atau daripada degradasi berbagai-bagai jenis bahan organik seperti zooplankton dan fitoplankton yang mati, protista, bahan najis, serta zarah bukan organik seperti pasir dan habuk. Salji samudera juga kaya dengan berbagai-bagai jenis mikroorganisma dan salji ini yang jatuh secara berterusan akan menjadi sumber tenaga utama kepada ekosistem laut dalam.
dissolved organic matter (DOM)bahan organik terlarut (DOM)Sains MarinTiadaBahan larut yang berasal daripada penguraian separa bahan organik seperti sisa tumbuhan dan haiwan, serta bahan larut yang dikumuhkan oleh organisma hidup seperti bakteria, alga, zooplankton dan pelbagai haiwan lain.
12

Kembali ke atas