Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kaedah menukar jarak tumpu subjek utk mendapatkan saiz imej yg besar atau kecil dgn menggunakan kanta zum; ~ dekat zum yg dibuat dgn menggerakkan kanta zum ke hadapan utk mendapatkan imej yg lebih besar dan jelas; ~ jauh zum yg dibuat dgn menggerakkan kanta zum ke belakang utk mendapatkan imej yg lebih kecil dan jauh; lensa ~ kanta zum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kaedah menukar jarak tumpu pd sesuatu objek utk mendapatkan saiz imej yg dikehendaki (besar atau kecil) dgn menggunakan kanta zum. ~ dekat zum yg dibuat dgn menggerakkan kanta zum utk mendapatkan imej yg lebih besar dan jelas. ~ jauh zum yg dibuat dgn menggerakkan kanta zum utk mendapatkan imej yg lebih kecil dan jauh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zoomingmengezumKomunikasiTiadaKaedah mengubah jarak tumpuan kanta zum seperti dari zum dekat ke zum jauh.
zoomzumTeknologi MaklumatTiadaArahan pada sistem grafik atau aplikasi untuk menukar saiz tetingkap atau sebahagian dokumen atau imej agar pengguna mendapat gambaran yang lebih terperinci atau secara menyeluruh. Contohnya saiz paparan pada aplikasi pemproses perkataan boleh diubahsuai menikut kehendak pengguna seperti 100% (saiz sebenar), 200% (saiz lebih besar - zum masuk) dan 50% (saiz lebih kecil– zum keluar). Lihat zum masuk dan zum keluar.
zoomzumTeknologi MaklumatPerisianProses memaparkan bahagian imej pada skrin yang boleh dibesarkan atau dikecilkan. Proses memaparkan bahagian imej yang boleh dibesarkan dikenali sebagai zum masuk manakala proses memaparkan bahagian imej yang dikecilkan dikenali sebagai zum keluar. Proses pengezuman dapat dilakukan dengan memangkas satu imej terhadap kawasan yang sama nisbah bidang dengan yang asal. Kemudian, imej tersebut disisipkan sesuai dengan dimensi piksel imej yang asal.
zoom outzum keluarSosiologiTiadaPergerakan kamera dengan menggerakkan kanta zum ke belakang untuk mendapatkan gambaran jauh.
zoom outzum keluarPendidikanTiadaPergerakan kamera dengan menggerakkan kanta zum ke belakang untuk mendapatkan gambaran jauh.
zoom buttonpunat zumKomunikasiTiadaPunat yang mengawal dan mengerakkan kanta zum secara automatik bagi mengubah jarak tumpu kamera.
zoom outzum keluarTeknologi MaklumatPerisianProses memaparkan imej secara kasar. Proses ini membolehkan pengguna mendapatkan gambaran keseluruhan tentang imej tersebut. Contohnya, pengguna boleh menggunakan zum keluar pada perisian Google Map untuk melihat secara pandangan mata burung tentang imej peta yang diperlukan.
zoom outzum keluarTeknologi MaklumatTiadaArahan pada sistem grafik untuk mengecilkan saiz objek pada dokumen atau grafik agar pengguna mendapat gambaran yang lebih luas dan menyeluruh. Banding zum masuk.
zoom inzum masukTeknologi MaklumatPerisianProses memaparkan imej yang boleh dibesarkan. Proses ini membolehkan pengguna mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang imej tersebut. Contohnya, pengguna boleh menggunakan zum masuk pada perisian Google Map untuk melihat dengan lebih jelas dan terperinci imej peta yang diperlukan.
zoom inzum masukTeknologi MaklumatTiadaArahan pada sistem grafik untuk membesarkan saiz objek dalam imej pada dokumen atau grafik agar pengguna mendapat gambaran yang lebih dekat dan terperinci. Banding zum keluar.
12345

Kembali ke atas