penyebaran cahaya | light dispersion | Pemecahan cahaya putih kepada spektrum cahaya merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu, menggunakan prisma kaca. Proses ini berlaku disebabkan setiap spektrum tersebut bergerak pada kelajuan yang berbeza apabila melalui kaca. | Menengah Atas |
wayar bumi | earth wire | Wayar yang menghubungkan litar elektrik dengan bumi untuk tujuan keselamatan. Sarung penebat bagi wayar bumi berjalur hijau dan kuning. | Menengah Rendah |
wayar bumi | earth wire | Wayar yang menghubungkan litar elektrik dengan bumi untuk mengelakkan renjatan elektrik bagi tujuan keselamatan. Sarung penebat wayar bumi berjalur hijau atau kuning. Lihat Rajah | Menengah Atas |
kod warna antarabangsa | international colour code | Kod bagi warna yang telah dipiawaikan untuk memasang pendawaian yang betul bagi plag tiga pin. Wayar hidup berwarna coklat, wayar neutral berwarna biru dan wayar bumi berjalur hijau dan kuning. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
angsana | angsana | Pokok tinggi malar hijau yang berdaun lebat dan bunganya berwarna kuning. Angsana banyak tumbuh di negara kita dan kawasan Asia Tenggara. Buahnya kecil, ringan dan bersayap serta disebarkan oleh angin. Kayu angsana digunakan untuk membuat perabot. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |