rintangan | resistance | Nisbah beza keupayaan merentasi sesuatu komponen elektrik kepada arus yang mengalir melaluinya. | Menengah Atas |
protein liang | pore protein | Laluan merentasi molekul protein yang dilalui oleh ion dan molekul kecil menyeberangi membran plasma dalam atau keluar dari sel dengan kaedah peresapan. | Menengah Atas |
struktur respirasi | respiratory structure | Struktur yang disesuaikan berdasarkan keperluan organisma terhadap oksigen. Hidupan seni seperti protozoa menukar oksigen dan karbon dioksida merentasi keseluruhan permukaan badan. | Menengah Atas |
protein pembawa | carrier protein | Protein yang terlibat dalam pergerakan ion, molekul kecil, atau molekul yang besar seperti asid amino dan glukosa plasma, merentasi membran plasma dan membantu dalam pergerakan bahan melalui proses resapan berbantu atau pengangkutan aktif. Lihat Rajah | Menengah Atas |
hukum Ohm | Ohm law | Hukum yang menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir melalui konduktor Ohm adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan yang merentasi konduktor Ohm tersebut dengan syarat suhu dan semua sifat fiziknya malar. | Menengah Atas |