bahan radioaktif | radioactive substance | Bahan yang mengeluarkan radiasi nuklear yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. | Menengah Rendah |
bahan mengakis | corrosive substance | Bahan yang boleh merosakkan benda lain sedikit demi sedikit disebabkan tindak balas kimia. Contohnya, asid. | Menengah Rendah |
bahan tulen | pure substance | Unsur atau sebatian yang terdiri daripada hanya satu komponen itu sahaja dengan sifat fizikal dan kimia yang tertentu. | Menengah Atas |
penulenan bahan | purification of substance | Pemisahan bahan kepada komponennya, daripada campuran benda asing. | Menengah Atas |