imej nyata | real image | Imej yang boleh terbentuk di atas skrin. | Menengah Atas |
tujah ke atas | upthrust | Daya ke atas yang dikenakan terhadap jasad yang terendam di dalam bendalir. Nilai daya tersebut adalah sama dengan berat bendalir yang disesarkan. | Menengah Atas |
imej maya | virtual image | Imej yang tidak boleh terbentuk di atas skrin. | Menengah Atas |
menopaus | menopause | Keadaan apabila ovulasi dan kitaran haid seseorang wanita berhenti secara semula jadi, biasanya berlaku pada umur 45 tahun ke atas. | Menengah Atas |
graviti | gravity | Fenomena daya yang bertindak ke atas jasad ke arah pusat bumi. | Menengah Atas |
daya angkat | lift force | Daya tujah ke atas disebabkan oleh perbezaan tekanan udara. | Menengah Atas |
sistem hidraulik | hydraulic system | Suatu alat yang membolehkan satu daya kecil dikenakan ke atas sebuah omboh keluasan kecil dipindahkan melalui bendalir untuk menghasilkan suatu daya lebih besar ke atas omboh keluasan lebih besar. Lihat Rajah | Menengah Atas |
berat | weight | Daya yang bertindak ke atas jasad disebabkan tarikan graviti bumi. Berat diukur dalam unit newton (N). | Menengah Atas |
medan graviti | gravitational field | Kawasan yang mana daya tarikan bumi ke atas jasad boleh dikesan. | Menengah Atas |
kelenjar adrenal | adrenal gland | Kelenjar endokrin yang terdapat di bahagian atas permukaan ginjal yang merembeskan hormon adrenalina. | Menengah Atas |