trakea | trachea | Saluran berbentuk paip yang membawa udara masuk ke dalam paru-paru. Saluran ini diperkuat oleh tulang rawan yang berbentuk ‘C’. Trakea bercabang menjadi dua bronkus. | Menengah Rendah |
sifon | siphon | Tiub berbentuk seperti huruf U terbalik yang digunakan untuk memindahkan cecair dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
wayar | wire | Bahan berbentuk silinder yang fleksibel atau rod logam yang bersalut. Wayar biasanya berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik atau membawa isyarat telekomunikasi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
megafon | megaphone | Alat berbentuk seperti corong yang disambungkan pada mikrofon untuk menguatkan suara atau bunyi, yang dihalakan ke arah tertentu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
ribosom | ribosome | Organel berbentuk sfera yang terdiri daripada protein dan RNA. Ia adalah tempat sintesis protein dalam sel. | Menengah Atas |
mitokondria | mitochondria | Organel berbentuk batang atau sfera yang terdapat dalam sitoplasma semua sel aktif, kecuali sel bakteria dan alga biru-hijau. Mitokondria mempunyai dua lapisan membran, iaitu membran luar dan membran dalam yang berlipat-lipat yang disebut krista. | Menengah Atas |
kuadrat | quadrat | Rangka berbentuk segi empat yang biasa dibuat daripada logam atau kayu tertentu yang digunakan untuk mengkaji populasi organisma yang tidak bergerak. | Menengah Atas |
aster | aster | Struktur berbentuk bintang yang terdiri daripada sentriol dan gentian-gentian halus yang terkeluar darinya. Aster dapat dilihat dalam sel haiwan yang menjalani pembahagian sel. | Menengah Atas |
aerofoil | aerofoil | Struktur berbentuk khas yang menyebabkan udara bergerak lebih laju di bahagian atasnya berbanding di bahagian bawah, menyebabkan tekanan pada bahagian atas lebih rendah daripada tekanan pada bahagian bawah. Contohnya, aerofoil sayap kapal terbang. | Menengah Atas |
nukleus | nucleus | 1. Struktur berbentuk bujur atau sfera yang terdapat pada kebanyakan sel haiwan dan tumbuhan.2. Bahagian tengah atom yang terdiri daripada proton dan neutron. | Menengah Rendah |