Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ikatan atau susunan (kayu api, lidi, surat, dll): membeli beberapa ~ kayu api; ~ pembuluh gabungan saluran yg mengalirkan bahan makanan ke seluruh bahagian tumbuhan; memberkas 1. mengikat menjadi satu ikatan: tebu itu diberkas dlm ikatan sepuluh-sepuluh; 2. ki menangkap, menahan: perintah dikeluarkan supaya orang itu dihendap dan diberkas;memberkaskan mengikatkan: basikal kami diberkaskan di belakang motokar;terberkas terikat dlm satu ikatan, tergabung;pemberkasan 1. perbuatan memberkas (mengikat); 2. perbuatan memberkas (menangkap, menahan, dsb), penangkapan: dlm ~ ini, terlibat juga beberapa ahli parlimen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkas I


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
berkas vaskularvascular bundleJalur memanjang dari akar ke daun yang terdiri daripada xilem dan floem. Berkas ini berfungsi dalam sistem pengangkutan dan sokongan.Menengah Rendah
kortekscortex1. Bahagian atau lapisan luar organ haiwan seperti korteks kelenjar adrenal. 2. Bahagian di antara epidermis dan berkas vaskular pada batang atau akar tumbuhan.Menengah Atas

Kembali ke atas