Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.war.na.war.na] | برورنا-ورنا

Definisi : ; = berwarna-warni; mewarnai 1. = mewarnakan memberikan berwarna (bercorak), menyapu dgn warna: kanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~ lukisan mereka; 2. ki meragamkan, men­corakkan, memberikan corak (yg tertentu) kpd: kedua-dua ciri inilah yg ~ sesuatu budaya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.war.na.war.na] | برورنا-ورنا

Definisi : mempunyai bermacam-macam warna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
warna (kata nama)
1. Bersinonim dengan rona: dondon, ragi,

2. Bersinonim dengan ragam: corak, sifat, keadaan,

Kata Terbitan : warna-warni, berwarna-warni, berwarna-warna, mewarnai, mewarnakan, pewarnaan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kod warna antarabangsainternational colour codeKod bagi warna yang telah dipiawaikan untuk memasang pendawaian yang betul bagi plag tiga pin. Wayar hidup berwarna coklat, wayar neutral berwarna biru dan wayar bumi berjalur hijau dan kuning. Lihat RajahMenengah Rendah
penolakan cahaya berwarnasubtraction of coloured lightProses yang apabila turas warna hanya membenarkan satu warna sahaja boleh melaluinya.Menengah Atas
tenuktapirSejenis haiwan yang mempunyai muncung, berwarna hitam dan terdapat warna putih yang menyaluti badannya dari bahu ke punggung. Tenuk dikenali juga sebagai cipan. Lihat RajahSekolah Rendah
nikotinanicotineSebatian yang berbentuk cecair likat yang tidak berwarna tetapi bertukar menjadi warna perang apabila terdedah kepada udara dan takat didih 247°C. Nikotina terdapat semula jadi dalam tembakau dan larut dalam air, alkohol, kloroform dan eter. Nikotina boleh menyebabkan ketagihan.Menengah Rendah
sesumpahchameleonSejenis haiwan yang biasanya berwarna hijau atau coklat dan mempunyai kebolehan mengubah warna badannya yang menyerupai persekitaran untuk mengelirukan musuh. Lihat RajahSekolah Rendah
fenolftaleinphenolphthaleinSebatian organik yang digunakan sebagai penunjuk asid-bes. Sebatian ini tidak mempunyai warna dalam larutan berasid, dan berwarna merah jambu dalam larutan berbes.Menengah Atas

Kembali ke atas