bunga pakma | rafflesia | Bunga daripada tumbuhan yang tidak mempunyai batang, daun atau akar. Bunga pakma mendapatkan makanan daripada tumbuhan yang ditumpanginya. Bunga ini merupakan bunga yang terbesar di dunia. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bunga raya | hibiscus | Bunga yang mempunyai lima kelopak, dan biasanya berwarna merah, merah jambu, putih atau kuning. Bunga raya merupakan bunga kebangsaan negara Malaysia. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tumbuhan berbunga | flowering plant | Tumbuhan yang menghasilkan bunga. Contohnya, pokok bunga kertas. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
tumbuhan berbunga | flowering plant | Tumbuhan yang mengeluarkan bunga. Contohnya, pokok bunga kertas. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pendebungaan sendiri | self-pollination | Proses pemindahan debunga dari anter ke stigma bunga yang sama atau bunga lain dalam tumbuhan yang sama. | Menengah Rendah |
bunga | flower | Organ pembiakan pada tumbuhan berbunga. Organ ini terdiri daripada sepal, petal, stamen dan pistil untuk tujuan pembiakan. | Menengah Rendah |
bunga tapak kasut | ridge | Corak yang terdapat pada tapak kasut. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bunga | flower | Bahagian yang mengeluarkan buah pada tumbuhan. Bunga biasanya mempunyai kelopak berwarna-warni yang berbau wangi untuk menarik perhatian serangga. | Sekolah Rendah |
ranggi | petal | Bahagian bunga yang biasanya berwarna terang dan dapat menarik perhatian serangga untuk menjalankan pendebungaan. Ranggi dikenali juga sebagai kelopak bunga. | Menengah Rendah |
pistil | pistil | Bahagian pembiakan betina pada bunga yang terdiri daripada satu atau lebih karpel yang terpisah atau bercantum. | Menengah Rendah |