titik fokus | focal point | Titik tempat sinar selari bertumpu selepas melalui kanta. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
rajah titik silang | dot and cross diagram | Rajah yang menggunakan tanda titik atau silang untuk mempamerkan elektron-elektron dalam sebatian ionik atau sebatian kovalen. Lihat Rajah | Menengah Atas |
tekanan atmosfera | atmospheric pressure | Tekanan pada suatu titik di kawasan permukaan bumi yang disebabkan oleh berat udara yang berada di atas titik tersebut. Tekanan atmosfera boleh diukur dengan menggunakan alat barometer atau barograf. Perubahan tekanan atmosfera memberikan petunjuk tentang perubahan cuaca. | Menengah Rendah |
tekanan atmosfera | atmospheric pressure | Tekanan pada suatu titik di kawasan permukaan bumi yang disebabkan oleh berat udara yang berada di atas titik tersebut. Tekanan atmosfera boleh diukur dengan menggunakan barometer. | Menengah Atas |
prinsip superposisi | principle of superposition | Prinsip yang berlaku apabila dua gelombang merambat melalui suatu titik tertentu pada ketika yang sama. Sesaran paduan pada titik itu adalah sama dengan jumlah sesaran vektor bagi sesaran setiap gelombang individu. | Menengah Atas |
titik pampasan | compensation point | Takat keamatan cahaya apabila jumlah karbon dioksida yang dikeluarkan semasa respirasi sama dengan jumlah karbon dioksida yang digunakan dalam fotosintesis, dan jumlah oksigen yang digunakan semasa respirasi sama dengan jumlah oksigen yang dikeluarkan semasa fotosintesis. | Menengah Atas |
pangsi | pivot | Titik tempat tuas disokong atau digerakkan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
nod | node | Titik sesaran sifar gelombang pegun yang terbentuk oleh pertindihan dua gelombang koheren. | Menengah Atas |
antinod | antinode | Titik sesaran maksimum pertindihan dua gelombang koheren yang membentuk gelombang pegun. Lihat Rajah | Menengah Atas |
fulkrum | fulcrum | Suatu titik pada palang atau objek yang berfungsi sebagai pengimbang atau penyokong. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |