Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) kilau mata, sinar mata; b) kekasih, buah hati; c) anak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. sinar pd mata. b. orang yg dikasihi; buah hati. c. anak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Sudah berdebu berderai pula,
     Berderai sampai ke kota raja;
Sudah bertemu bercerai pula,
     Tinggallah tuan cahaya mata.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
irisirisBahagian berwarna yang terdapat di sekeliling anak mata. Iris berfungsi untuk mengawal saiz anak mata dan jumlah cahaya yang memasuki mata. Lihat RajahMenengah Rendah
penglihatansightKeupayaan untuk melihat atau mengesan cahaya melalui mata.Sekolah Rendah
sel koncone cellSel berbentuk kon yang terdapat pada retina mata, dan peka terhadap cahaya. Sel ini berfungsi dalam penglihatan warna dan kesensitifan mata terhadap warna. Sel ini berfungsi dengan baik dalam keadaan yang terang.Menengah Atas
sel rodrod cellSel saraf mata yang sensitif cahaya, yang berfungsi dalam keadaan yang terbaik dalam cahaya kelam, dan membolehkan penglihatan berfungsi dengan baik pada waktu malam.Menengah Atas
gelemacavitreous humourGel jernih yang terdapat dalam biji mata. Cecair ini memenuhi ruang di antara kanta dengan retina. Gelemaca menetapkan bentuk biji mata dan membantu pembiasan cahaya supaya tertumpu pada titik peka.Menengah Rendah
anak matapupilBahagian bukaan kecil bulat berwarna hitam di tengah-tengah iris mata yang berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam retina. Lihat RajahMenengah Rendah
lut cahayatranslucentSifat bahan yang membenarkan sebahagian cahaya sahaja melaluinya. Contohnya, cermin mata hitam. Lihat RajahSekolah Rendah
periskopperiscopeSejenis teropong yang digunakan untuk melihat sesuatu yang terhalang daripada pandangan mata menggunakan prinsip pantulan cahaya. Contohnya, penggunaan periskop dalam kapal selam. Lihat RajahSekolah Rendah
pantulan cahayareflection of lightSinar cahaya yang bergerak dalam garis lurus dan melantun ke luar objek. Permukaan yang bersinar akan memberikan pantulan imej kepada mata. Lihat RajahSekolah Rendah
retinaretinaLapisan mata paling dalam yang peka kepada cahaya. Imej terbentuk di atas retina.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas