Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n kalsium. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata calcium


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kalsiumcalciumUnsur logam yang lembut berwarna kelabu yang menghasilkan garam bila bertindakbalas dengan asid. Unsur ini juga penting dalam diet manusia. Kekurangannya memberi kesan negatif kepada pembentukan tulang dan gigi. Formula Ca.Menengah Rendah
kalsium silikatcalcium silicateSebatian kimia yang mengandungi kalsium, silikon dan oksigen. Kalsium silikat biasanya digunakan sebagai bahan penebat. Formula CaSiO3.Menengah Rendah
kalsium oksidacalcium oxidePepejal berwarna putih, larut dalam asid dan bertindak balas dengan air untuk membentuk kalsium hidroksida. Kalsium oksida digunakan untuk membuat racun serangga, racun kulat dan makanan ternakan. Bahan ini dikenali juga sebagai kapur tohor. Formula CaO.Menengah Rendah
kalsium karbonatcalcium carbonateBahan berbentuk pepejal berwarna putih yang terdapat secara semula jadi sebagai kapur, batu kapur dan kalsit. Kalsium karbonat digunakan untuk membuat simen.Menengah Rendah
kalsium hidroksidacalcium hydroxideSebatian tak organik yang berbentuk hablur putih, larut dalam air, gliserol dan asid tetapi tidak larut dalam alkohol. Kalsium hidroksida banyak digunakan untuk membuat mortar dan simen. Bahan ini dikenali juga sebagai kapur mati. Formula Ca(OH)2.Menengah Rendah
kalsium klorida kontanganhydrous calcium chlorideBahan berbentuk hablur berwarna putih yang digunakan untuk menyerap wap air. Formula CaCl2.Menengah Rendah
kalsium klorida kontanganhydrous calcium chlorideSerbuk berwarna putih yang menyerap wap air. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas