Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sesuatu yg melengkung spt kait (gancu dll): buatlah ~ pd dawai itu supaya dapat disangkutkan; 2. alat utk mengancing baju yg dibuat drpd besi kecil yg dilengkungkan; bercangkuk memakai cangkuk; mencangkuk mengenakan cangkuk, mengait: habislah segala tubuhnya dicangkuk oleh sekalian onak dan duri; mencangkukkan mengaitkan: ~ mata taut pd belakang rusa itu; tercangkuk terkait. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cangkuk I

Peribahasa

Harapkan si untung menggamit,
     kain di badan didedahkan.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan).

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
cangkukhookStruktur pada biji tumbuhan yang berbulu dan berduri halus, yang boleh menyebabkannya melekat pada badan haiwan untuk dipencarkan. Contohnya, biji kelulut yang boleh melekat pada badan arnab. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas