peparu | lung | Organ pernafasan dalam badan manusia dan sesetengah haiwan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
salur alimentari | alimentary canal | Salur dalam badan yang berfungsi untuk menerima dan mencerna makanan, menyerap nutrien dan membuang kumuhan. Salur ini bermula dari rongga mulut hingga ke dubur. | Menengah Rendah |
penyahhidratan | dehydration | Proses pengurangan air dalam badan akibat cuaca panas atau aktiviti bersukan. | Sekolah Rendah |
stetoskop | stethoscope | Alat yang digunakan untuk mendengar bunyi dalam badan seperti bunyi degupan jantung dan pernafasan. | Menengah Rendah |
darah | blood | Bendalir yang terdiri daripada plasma dan sel-sel darah di dalam badan. | Menengah Rendah |
proses metabolisme | metabolic process | Perubahan kimia dan fizikal yang berlaku dalam badan dan membolehkan pertumbuhan badan yang berterusan. | Menengah Atas |
ketakseimbangan hormon | hormonal imbalance | Keadaan apabila terdapat terlalu sedikit atau terlalu banyak hormon tertentu dalam badan seseorang. | Menengah Atas |
holozoik | holozoic | Organisma yang menginges bahan organik pepejal yang kemudiannya dicernakan dan diserap ke dalam badan. | Menengah Atas |
sel darah putih | white blood cell | Sel darah yang berfungsi melawan penyakit dengan cara menghapuskan mikroorganisma dalam badan. Sel ini tidak mempunyai bentuk yang tetap tetapi mengandungi nukleus. | Menengah Rendah |
karbohidrat | carbohydrates | Kumpulan sebatian organik yang terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen yang membekalkan tenaga dalam badan. | Menengah Rendah |