aerofoil | aerofoil | Struktur berbentuk khas yang menyebabkan udara bergerak lebih laju di bahagian atasnya berbanding di bahagian bawah, menyebabkan tekanan pada bahagian atas lebih rendah daripada tekanan pada bahagian bawah. Contohnya, aerofoil sayap kapal terbang. | Menengah Atas |
skrotum | scrotum | Kantung yang terdapat di bahagian luar badan yang berfungsi untuk melindungi testis. | Menengah Rendah |
larinks | larynx | Kotak suara yang terletak di bahagian bukaan trakea pada kebanyakan vertebrata. | Menengah Atas |
hati | liver | Organ berwarna merah gelap yang terletak di bahagian atas sebelah kanan abdomen. Hati berfungsi menghasilkan hempedu dan menyingkirkan bahan-bahan toksik dari badan. | Menengah Rendah |
goiter | goitre | Pembesaran kelenjar tiroid yang menyebabkan bengkak di bahagian leher akibat kekurangan iodin dalam diet. | Menengah Rendah |
taburan | distribution | Organisma hidup dalam kuantiti yang berbeza di bahagian yang berlainan dalam kawasan tertentu. | Menengah Atas |
kelenjar pituitari | pituitary gland | Kelenjar endokrin yang terletak di bahagian bawah hipotalamus yang dikenali sebagai kelenjar utama. Lihat Rajah | Menengah Atas |
kelenjar adrenal | adrenal gland | Kelenjar endokrin yang terdapat di bahagian atas permukaan ginjal yang merembeskan hormon adrenalina. | Menengah Atas |
pengenapan | sedimentation | Proses pembentukan enapan apabila sesuatu bahan berada di bahagian bawah cecair. | Menengah Rendah |
gigi kacip | incisor | Gigi berbentuk seakan-akan pahat, terletak di bahagian hadapan rahang. Gigi kacip berfungsi untuk menggigit, mengerat dan mericih makanan. | Menengah Rendah |