Glosari Sains Untuk Sekolah
hempedu | bile | Cairan alkali yang dirembeskan oleh hati disimpan dalam pundi hempedu dan dihantar ke duodenum untuk membantu proses pengemulsian, penghadaman dan penyerapan lemak. | Menengah Atas |
perut | stomach | Organ pencernaan yang terletak di antara esofagus dengan usus. Perut berfungsi mencerna makanan dan menyimpan makanan buat sementara waktu sebelum dihantar ke usus kecil. | Menengah Rendah |
koklea | cochlea | Lingkaran salur yang berbentuk cangkerang siput yang berisi cecair dalam telinga. Koklea akan menukarkan getaran bunyi kepada impuls saraf dan seterusnya dihantar ke otak. | Menengah Rendah |
Kembali ke atas