Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
asid askorbikascorbic acidAsid organik yang dikenali sebagai vitamin C yang berfungsi sebagai pengantioksida.Menengah Atas
MarikhMarsPlanet yang keempat jauhnya dari matahari. Marikh dikenali juga sebagai Planet Merah. Lihat RajahSekolah Rendah
zuriatoffspringHasil daripada proses pembiakan yang melahirkan organisma baru. Zuriat dikenali juga sebagai anak.Sekolah Rendah
tuasleverAlat yang digunakan untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu objek. Tuas dikenali juga sebagai tuil.Menengah Rendah
kelulisteelLogam keras yang diperbuat daripada campuran besi dengan karbon. Keluli dikenali juga sebagai besi waja. Lihat RajahSekolah Rendah
urinurineCecair yang dikumuhkan oleh ginjal dan terkumpul dalam pundi kencing yang dikenali juga sebagai air kencing.Menengah Atas
kelenjar pituitaripituitary glandKelenjar endokrin yang terletak di bahagian bawah hipotalamus yang dikenali sebagai kelenjar utama. Lihat RajahMenengah Atas
pecutan gravitiacceleration due to gravityPecutan objek yang disebabkan oleh daya tarikan bumi. Ia dikenali juga sebagai pecutan jatuh bebas atau pecutan medan graviti, dan bernilai 9.8 ms-2.Menengah Atas
kemuncuplove grassSejenis tumbuhan yang biasanya terdapat di kawasan padang yang dipencarkan oleh haiwan. Kemuncup dikenali juga sebagai rumput jarum. Lihat RajahSekolah Rendah
ranggipetalBahagian bunga yang biasanya berwarna terang dan dapat menarik perhatian serangga untuk menjalankan pendebungaan. Ranggi dikenali juga sebagai kelopak bunga.Menengah Rendah
12345

Kembali ke atas