engsel | hinge | Sendi besi yang menyambungkan antara daun pintu atau tingkap dengan tiang tempat pintu atau tingkap yang dipasang. Engsel dipasang supaya pintu atau tingkap dapat dibuka dan ditutup. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
gear | gear | Bahagian roda bergigi yang dipasang dalam mesin untuk menggerakkan bahagian-bahagian lain dengan kadar kelajuan yang berbeza-beza. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kaleidoskop | kaleidoscope | Alat yang berbentuk silinder, yang dipasang dengan beberapa keping cermin dan berisi kaca berwarna-warni. Apabila kaleidoskop diputar, pelbagai corak dapat dilihat melalui kanta mata. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
alat kontraseptif dalam rahim (IUCD) | intrauterine contraceptive device (IUCD) | Alat yang dipasang di dalam rahim wanita bagi mencegah kehamilan. | Menengah Rendah |
roda dan gandar | wheel and axle | Mesin ringkas yang mempunyai roda yang dipasang pada gandar. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
fius | fuse | Peranti yang terdiri daripada wayar logam yang mempunyai takat lebur yang rendah dan dipasang secara bersiri dalam litar. Fius berfungsi untuk melindungi alat elektrik supaya tidak rosak. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
konduktor kilat | lightning conductor | Bahan yang dipasangkan pada bangunan tinggi bagi melindungi bangunan tersebut daripada pancaran kilat. Tiang logam dipasang pada kedudukan tertinggi sesuatu bangunan dan disambung terus ke bumi dengan jalur logam yang tebal. | Menengah Rendah |
kebuk wasap | fume chamber | Ruang yang digunakan untuk menjalankan eksperimen yang melibatkan penggunaan atau pembebasan gas beracun. Kebuk ini dipasang dengan alat penyedut udara untuk menyedut gas beracun yang dibebaskan. | Menengah Rendah |