Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hasil drpd mendarabkan sesuatu angka dgn angka itu sendiri; ~ dua angka 7 ialah 49. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganda dua


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
lemak tak tepuunsaturated fatLemak yang mempunyai ikatan ganda dua atau ikatan ganda antara atom-atom karbon.Menengah Atas
alkenaalkeneKumpulan sebatian hidrokarbon tak tepu yang mengandungi satu atau lebih ikatan ganda dua antara atom-atom karbon di dalam molekulnya. Formulanya, CnH2n .Menengah Atas
sebatian tak tepuunsaturated compoundSebatian organik yang mengandungi ikatan ganda dua dan/atau ikatan ganda tiga karbon-karbon. Contohnya, etena, C2H4.Menengah Atas
heliks ganda duadouble helixLingkaran yang dibentuk oleh dua rantai polimer seperti nukleotida. Contohnya, asid deoksiribonukleik (DNA).Menengah Atas
persenyawaan ganda duadouble fertilizationProses persenyawaan dalam tumbuhan angiosperma di mana satu gamet jantan akan bercantum dengan sel telur membentuk zigot diploid, manakala satu lagi gamet jantan akan bercantum dengan dua nukleus kutub untuk membentuk nukleus triploid.Menengah Atas
tindak balas penambahanaddition reactionTindak balas kimia dengan satu molekul ditambah pada dua atom karbon ganda dua.Menengah Atas

Kembali ke atas