gas nadir | inert gas | Gas dalam kumpulan 18 jadual berkala, iaitu helium, neon, argon, kripton, xenon, dan radon yang umumnya tidak reaktif dan sangat stabil dari segi kimia. Gas nadir juga dikenali sebagai gas adi atau gas lengai. | Menengah Atas |
atmosfera | atmosphere | Lapisan yang mengandungi gas-gas yang menyelubungi bumi. Contohnya, nitrogen, oksigen dan karbon dioksida. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
komet | comet | Ketulan batu, ais debu dan gas-gas yang mengelilingi matahari. Komet mempunyai ekor yang terang bercahaya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
Matahari | Sun | Bintang yang berbentuk sfera besar yang mengandungi gas-gas terutamanya hidrogen dan helium. Matahari mempunyai garis pusat 1.39 × 106 kilometer dan dikelilingi oleh semua planet dalam sistem suria. Jarak minimum Matahari dari Bumi ialah kira-kira 1.49 × 108 kilometer. | Menengah Rendah |
meteor | meteor | Serpihan meteoroid yang jatuh memasuki atmosfera bumi. Meteor yang jatuh bergeser dengan gas-gas di atmosfera. Meteor tersebut akan terbakar dan menghasilkan garis cahaya. Meteor dikenali juga sebagai tahi bintang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kesan rumah hijau | green house effect | Pemanasan yang berlaku terhadap atmosfera bumi secara perlahan-lahan disebabkan oleh bertambahnya gas-gas seperti karbon dioksida di dalam udara. | Sekolah Rendah |
gas lengai | inert gas | Gas yang umumnya tidak reaktif, sangat stabil dari segi kimia dan terdiri daripada satu atom. Contohnya, helium dan neon. | Menengah Rendah |
gas berasid | acidic gas | Gas yang bersifat asid atau mempunyai ciri-ciri asid. Contohnya, karbon dioksida dan hidrogen sulfida. | Menengah Rendah |
gas asli | natural gas | Gas yang wujud bersama enapan petroleum dan tidak boleh diganti apabila telah habis digunakan. | Sekolah Rendah |
gas berasid | acidic gas | Gas yang bersifat asid atau mempunyai ciri-ciri asid. | Menengah Atas |