Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.bi.tat] | هابيتت

Definisi : (Bio) tempat haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup secara semula jadi: ada per­bezaan-perbezaan kecil pd rangka kejadian berjenis-jenis burung supaya masing-masing dapat sesuai dgn ~ dan kebiasaan-kebiasaan yg berlainan; ~ semula jadi habitat asli (bukan buatan manusia); ~ tiruan habitat yg dibuat (disedia­kan) oleh manusia utk menempatkan hidupan-hidupan tertentu bersesuaian dgn habitat semula jadinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.bi.tat] | هابيتت

Definisi : ist tempat hidup atau tempat tinggal organisma (haiwan atau tumbuh-tumbuhan): Tanah pun merupakan ~ bagi haiwan yg hidup di dlm tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
habitat (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan tempat tinggal, persekitaran.,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
habitathabitatTempat tinggal semula jadi atau persekitaran bagi haiwan, tumbuhan atau benda hidup lain. Contohnya, habitat beruang kutub ialah di Kutub Utara. Lihat RajahSekolah Rendah
habitathabitatTempat tinggal dan persekitaran bagi tumbuhan dan haiwan untuk hidup.Menengah Rendah
habitathabitatTempat tinggal organisma. Ia mempunyai keperluan seperti makanan, ruang untuk membiak dan membesar, serta perlindungan.Menengah Atas
migrasimigrationPerpindahan sebilangan besar organisma daripada suatu populasi, dari suatu habitat ke suatu habitat yang lain. Perpindahan ini biasanya berlaku berdasarkan musim, iklim atau bekalan makanan. Contohnya, pada sesuatu musim sesuatu populasi haiwan mungkin berpindah ke sesuatu habitat, manakala pada sesuatu musim yang lain pula, populasi tersebut akan balik ke habitat asalnya.Menengah Atas
florafloraTumbuhan yang hidup di sesuatu habitat pada masa tertentu.Menengah Rendah
perintispioneerKumpulan organisma pertama yang menghuni sesuatu habitat baharu.Menengah Atas
rantai makananfood chainHubungan makanan antara hidupan dalam satu habitat. Contohnya, padi dimakan oleh burung pipit dan burung pipit dimakan pula oleh ular. Lihat RajahSekolah Rendah
biodiversitibiodiversityKepelbagaian jenis tumbuhan dan haiwan yang terdapat dalam sesuatu habitat semula jadi.Menengah Rendah
populasipopulationSekumpulan organisma daripada spesies yang sama, yang tinggal di habitat yang sama, dan mampu membiak.Menengah Atas
komuniticommunityKumpulan tumbuhan dan haiwan yang berlainan spesies yang tinggal dalam habitat yang sama dan hidup saling bergantung antara satu sama lain.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas