kalsium karbonat | calcium carbonate | Bahan berbentuk pepejal berwarna putih yang terdapat secara semula jadi sebagai kapur, batu kapur dan kalsit. Kalsium karbonat digunakan untuk membuat simen. | Menengah Rendah |
kalsit | calcite | Kalsium karbonat yang terbentuk secara semula jadi, berbentuk hablur dan tidak berwarna. Kalsit merupakan bahagian utama batu kapur, batu marmar dan kapur. Formula CaCO3. | Menengah Rendah |
marmar | marble | Kalsium karbonat yang berketumpatan tinggi, yang terbentuk daripada batu kapur. Ia digunakan sebagai kemasan lantai dan dinding, manakala serpihannya digunakan sebagai sumber karbon dioksida. | Menengah Atas |
marmar | marble | Mineral kalsium karbonat yang diperoleh daripada batu kapur, digunakan sebagai kemasan lantai dan dinding. | Menengah Rendah |
batu kapur | limestone | Enapan yang terdiri daripada kalsium karbonat. | Menengah Atas |
batu kapur | limestone | Batuan endapan yang terdiri daripada kalsium karbonat, terutamanya dalam bentuk hablur kalsit. Batu kapur digunakan untuk membuat kapur tohor, kapur mati dan juga digunakan dalam industri simen. | Menengah Rendah |
cangkerang | shell | Kulit luar yang keras pada haiwan seperti tiram, kerang dan siput. Cangkerang biasanya mengandungi kalsium karbonat. | Menengah Rendah |
karbonat | carbonate | Sejenis sebatian yang terhasil daripada asid karbonik, apabila bergabung dengan unsur logam akan menghasilkan garam karbonat. Contohnya, kalsium karbonat. | Menengah Rendah |
air kapur | limewater | Larutan kalsium hidroksida yang digunakan untuk mengesan kehadiran gas karbon dioksida. Apabila gas karbon dioksida dilalukan ke dalam air kapur, keladak putih kalsium karbonat akan terbentuk. | Menengah Rendah |
air kapur | lime water | Larutan akueus kalsium hidroksida yang digunakan untuk mengesan kehadiran gas karbon dioksida. Apabila karbon dioksida dilalukan ke dalam air kapur, keladak putih kalsium karbonat akan terbentuk. | Menengah Atas |