anemia | anaemia | Penyakit yang terjadi kerana kekurangan sel darah merah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan. | Menengah Rendah |
kwasyiorkor | kwashiorkor | Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein dalam diet, untuk tempoh yang panjang lazimnya berlaku pada kanak-kanak yang berusia antara satu hingga tiga tahun. Antara gejala penyakit ini ialah kehilangan selera makan, kekurangan berat badan, dan pertumbuhan yang terbantut. | Menengah Atas |
kekurangan nutrien | nutrient deficiency | Kuantiti nutrien yang diperlukan oleh organisma tidak mencukupi. | Menengah Atas |
skurvi | scurvy | Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C. Penyakit ini boleh menyebabkan pendarahan pada gusi. | Menengah Rendah |
kwasyiorkor | kwashiorkor | Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein dalam makanan. Antara gejala penyakit ini ialah abdomen membengkak, pertumbuhan yang terbantut dan kecacatan perkembangan otak. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
sembelit | constipation | Kesukaran pengeluaran tinja akibat kekurangan pengambilan pelawas. | Menengah Atas |
marasmus | marasmus | Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan apabila tidak ada protein dan nutrien pembekal tenaga yang mencukupi dalam diet. | Menengah Atas |
sembelit | constipation | Kesukaran membuang air besar kerana kekurangan air dan serat dalam diet. | Menengah Rendah |
beri-beri | beri-beri | Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B. Ciri-ciri penyakit ini ialah lemah otot dan menggigil pada jari tangan serta kaki. | Menengah Rendah |
asid laktik | lactic acid | 1. Asid yang terhasil apabila kekurangan oksigen dalam tisu otot yang aktif. 2. Asid yang terhasil melalui proses penapaian dalam sesetengah mikroorganisma. | Menengah Atas |