logam alkali | alkaline metal | Unsur logam yang tergolong dalam kumpulan 1 jadual berkala. Kumpulan ini terdiri daripada barilium, magnesium, kalium, natrium, litium, rubidium, sesium, dan fransium. Logam alkali bersifat lembut, berwarna putih-perak, merupakan logam elektropositif, bertindak cergas dengan air dan sangat reaktif. | Menengah Atas |
alkil | alkyl | Kumpulan organik yang terhasil daripada penyingkiran seunit atom hidrogen daripada akrilik, hidrokarbon tepu yang diwakili oleh simbol R dalam formula kimia. Formulanya, CnH2n +1. | Menengah Atas |
invertebrat | invertebrate | Kumpulan haiwan yang tidak bertulang belakang. Contohnya, semut, cacing dan labah-labah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
Pari | Southern Cross | Kumpulan bintang yang terletak berdekatan dan kedudukannya membentuk imej pari. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
alga | algae | Kumpulan organisma autotrof, yang bersifat unisel atau multisel. Contohnya, Spirogyra, Chlamydomonas, dan Euglena. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
Biduk | Big Dipper | Kumpulan bintang yang terletak berdekatan dan kedudukannya membentuk imej biduk, iaitu sebuah gayung dan tangkainya. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
serangga | insect | Kumpulan haiwan kecil yang berkaki enam, terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kepala, toraks, dan abdomen. Contohnya, seperti lalat dan nyamuk. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
koala | koala | Sejenis haiwan dalam kumpulan herbivor yang menyerupai beruang tetapi saiznya lebih kecil, dan terdapat di benua Australia. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
serangga | insect | Kumpulan haiwan invertebrat yang kecil, mempunyai tiga bahagian badan (kepala, toraks, abdomen) dan tiga pasang kaki. Serangga mempunyai abdomen yang bersegmen. Contohnya, belalang. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
yis | yeast | Organisma unisel dalam kumpulan kulat, menghasilkan enzim yang menukarkan glukosa kepada alkohol dan karbon dioksida semasa fermentasi. Yis membiak secara pertunasan. Yis dikenali juga sebagai ragi. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |