penyesaran | succession | Proses yang berlaku perlahan-lahan akibat perubahan bilangan individu bagi setiap spesies dalam sesuatu komuniti, atau akibat penempatan satu populasi spesies yang baru, yang beransur-ansur mengambil alih tempat penghuni asal. | Menengah Atas |
kakisan | corrosion | Perihal kerosakan pada bahan atau tisu secara perlahan-lahan disebabkan oleh aktiviti tindakan kimia keadaan sekeliling. | Sekolah Rendah |
mengakis | corrosive | Sifat yang boleh merosakkan atau menghakis bahan secara perlahan-lahan melalui tindak balas kimia. | Menengah Rendah |
kesan rumah hijau | green house effect | Pemanasan yang berlaku terhadap atmosfera bumi secara perlahan-lahan disebabkan oleh bertambahnya gas-gas seperti karbon dioksida di dalam udara. | Sekolah Rendah |
pentitratan | titration | Kaedah untuk menentukan kepekatan sesuatu isi padu suatu larutan dengan mencampurkan larutan lain yang diketahui isi padunya melalui buret secara perlahan-lahan sehingga takat akhir dicapai dengan bantuan penunjuk. | Menengah Rendah |