meranti | shorea | Pokok berkayu keras dan tahan lama sifatnya. Meranti biasanya digunakan sebagai bahan untuk membuat bangunan, landasan rel kereta api dan tiang elektrik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pengawetan | preservation | Proses untuk mengawet bahan makanan supaya tidak mudah rosak dan boleh disimpan lebih lama. | Sekolah Rendah |
arang batu | coal | Bahan api yang terbentuk secara semula jadi daripada proses pereputan tumbuhan dan berlaku di bawah pengaruh suhu dalam tempoh masa yang lama. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hemofilia | haemophilia | Penyakit keturunan yang menyebabkan darah tidak dapat membeku disebabkan gen resesif yang terukai pada kromoson seks X. Penghidap penyakit ini akan mengalami pendarahan yang teruk jika terluka, kerana darahnya mengambil masa yang terlalu lama untuk membeku. | Menengah Atas |
arang batu | coal | Bahan api yang terbentuk secara semula jadi daripada proses pereputan tumbuhan akibat tindakan bakteria, diikuti dengan proses kimia yang berlaku di bawah pengaruh suhu dan tekanan yang tinggi, dan dalam tempoh masa yang lama. | Menengah Rendah |