Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mati;

Puisi
 

Anak yu mati terlentang,
     Mati ditikam duri semilang;
Pilu hati bukan kepalang,
     Gunung tinggi menjadi padang.


Lihat selanjutnya...(347)
Peribahasa

Alang-alang berminyak,
     biar licin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Mati-mati berdakwat biar hitam, c. Mati-mati berminyak biar licin, d. Mati-mati mandi biar basah).

 

Lihat selanjutnya...(165)

30

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tanahsoilSerpihan kecil batu dan bahan reputan daripada hidupan yang telah mati.Sekolah Rendah
lipancentipedeSejenis haiwan berkaki banyak. Lipan juga mempunyai bisa beracun yang boleh menyebabkan musuhnya mati.Sekolah Rendah
reputdecayPerihal pemecahan bahan organik kompleks daripada sisa haiwan dan tumbuhan atau daripada organisma yang mati kepada bentuk yang lebih ringkas oleh tindakan mikroorganisma.Menengah Rendah
penguraidecomposerOrganisma seperti kulat dan bakteria yang dapat menguraikan bahan organik daripada organisma yang telah mati atau bahan kumuh daripada organisma lain menjadi bahan tak organik ringkas.Menengah Rendah
kitar hiduplife cyclePerubahan dan perkembangan yang berlaku dari lahirnya sesuatu haiwan atau tumbuhan sehingga mati. Lihat RajahSekolah Rendah
humushumusBahagian organik di lapisan tanah paling atas yang terbentuk melalui hasil penguraian bahan tumbuhan atau haiwan yang telah mati.Menengah Rendah
batang rayaprunnerBatang yang tumbuh secara mendatar di atas tanah dan seterusnya membentuk tumbuhan yang baharu. Batang ini akan mati dan terpisah dari tumbuhan induknya setelah tumbuhan baharu itu berkembang. Contohnya, batang pada pokok ubi keledek. Lihat RajahMenengah Rendah
lisosomlysosomeOrganel sel haiwan yang berbentuk bulat, dan mengandungi enzim hidrolisis. Lisosom juga berperanan menyingkirkan sel dan organel yang mati.Menengah Atas
bahan buangan organikorganic wasteBahan yang tidak diperlukan sebagai bekalan nutrien badan dan tumbuhan. Contohnya, najis haiwan atau tumbuh-tumbuhan mati.Sekolah Rendah
batu kapurlimestoneBatuan endapan yang terdiri daripada kalsium karbonat, terutamanya dalam bentuk hablur kalsit. Batu kapur digunakan untuk membuat kapur tohor, kapur mati dan juga digunakan dalam industri simen.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas