Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maut] | موت

Definisi : mati (terutama manusia): tiap-tiap yg bernyawa akan menemui ~; membawa ~ menyebabkan mati; mencari ~ mencari sebab utk mati; menemui ~ menemui ajal (mati); pemautan Id perihal jumlah orang yg mati, angka kematian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maut] | موت

Definisi : kematian (terutamanya bagi manusia): membawa ~ menyebabkan mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maut
Rujuk :mati

Puisi
 

Sudahlah pasang air di laut,
     Tidakkah mahu mandi bersama;
Sudahlah datang malaikat maut,
     Mahukah tidak mati bersama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Selompat hidup,
     selompat mati.

Bermaksud :

Menghadapi bahaya maut (perempuan yang susah bersalin atau orang yang sakit berat).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
renjatanelectrocutionKesan pada tubuh manusia apabila terkena arus elektrik yang tinggi dan boleh membawa maut.Sekolah Rendah
fibrosis sistacystic fibrosisPenyakit yang jarang-jarang berlaku pada manusia, melibatkan pelbagai kelenjar perembes mukus, terutamanya dalam pankreas dan peparu, bergentian, menghasilkan mukus tebal yang abnormal, menyebabkan penyekatan usus dan pneumonia yang boleh membawa maut.Menengah Atas

Kembali ke atas