Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.pa.si] | ملڤسي

Definisi : 1. menebus atau membayar (niat, hutang, dll); ~ hutang membayar (melunas­kan) hutang; ~ malu Mn menebus malu (mengahwinkan anak kemanakan); 2. men­cukupi, memadai, berpadan dgn: sedang upah sawah itu kadang-kadang sama dgn kehasilan yg diperdapat, bahkan kadang-kadang rugi, dan kadang-kadang tidak ~ belanja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.pa.si] | ملڤسي

Definisi : 1 menebus atau menunaikan (niat, janji dsb); membayar (hutang dsb). 2 lepas drpd sesuatu (palang, pagar dsb): Dia berjaya ~ palang yg tinggi itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
lohong hitamblack holeObjek di cakerawala yang terbentuk daripada letupan supernova, dan mempunyai medan graviti yang terlalu kuat sehingga halaju lepasan berhampiran lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Hal ini membayangkan bahawa tiada sesuatu pun termasuk cahaya mampu melepasi gravitinya.Menengah Rendah

Kembali ke atas