Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lin.tang] | ملينتڠ

Definisi : 1. mengikut lintang sesuatu benda (kawasan dll), malang: sehelai kain pelekat corak ~ dan sehelai baju panas biru mem­balut tubuhnya; 2. mendatar (sesuatu garisan), lwn menegak; 3. menggalang atau merintang (malapetaka, kecelakaan, dll): dia sendiri pun akan turun besok kalau tak ada aral ~; ~ batang membuat rintangan di sungai utk memungut cukai; ~ payar melabuhkan perahu melintang di sungai utk memungut cukai; 4. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke satu tangga dan peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lin.tang] | ملينتڠ

Definisi : 1 menurut lintang sesuatu bidang: Sebatang kayu ~ di jalan. 2 mendatar (bkn garisan); lw menegak. 3 menghalang; merintang: Jika tidak ada aral ~, saya akan sampai di rumah pd hari Isnin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lintang
Kata Terbitan : melintang, melintangi, terlintang, lintangan,

Puisi
 

Burung pucung terbang melintang,
     Hinggap mari Gunung Daik;
Putih kuning sanggul melintang,
     Itulah tanda hati tak baik.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Tiba di rusuk menjeriau.

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya, sudah kena benar. jeriau = kayu yang dipasang melintang pada kasau.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
gelombang melintangtransverse waveGelombang yang getarannya secara serenjang dengan arah perambatan gelombang. Contohnya, gelombang air dan gelombang cahaya. Lihat RajahMenengah Atas
keratan rentascross sectionKeratan sesuatu bahan secara melintang. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas