Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ru.si] | منروسي

Definisi : 1. masuk sampai ke, melantas pd, menembus pd: jahitan yg awal dan yg akhir sahaja yg ~ kain, yg lain itu lalu di bawah urat benang sahaja; 2. dgn per­antaraan, melalui: masukkan sehelai benang halus ~ lubang-lubang pd kertas tebal itu; dia mengirim buku-buku itu ~ saya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ru.si] | منروسي

Definisi : dgn perantaraan; me­lalui: Pencuri masuk ke dlm rumah itu ~ tingkap. Dia mengirim wang itu ~ kawannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
konduksiconductionProses pemindahan tenaga haba menerusi pepejal dari suhu tinggi ke suhu yang lebih rendah.Menengah Rendah
belauandiffractionFenomena yang dikesan apabila gelombang air, bunyi dan cahaya tersebar selepas menerusi celah atau halangan. Contohnya, gelombang air. Lihat RajahMenengah Atas
tenaga nuklearnuclear energyTenaga yang diperoleh daripada tindak balas nukleus dalam atom sama ada menerusi tindak balas belahan atau lakuran. Tenaga nuklear digunakan untuk menjana tenaga elektrik.Menengah Rendah
tiub debungapollen tubeTiub yang terbentuk apabila debunga jatuh ke atas stigma dan bercambah ke bawah menerusi stil untuk membawa gamet jantan kepada ovul.Menengah Atas

Kembali ke atas