pencegah hamil | contraception | Alat untuk menghalang wanita daripada hamil yang berupa pil, suntikan atau alat khas. | Menengah Rendah |
penebat | insulator | Bahan yang boleh menghalang pengaliran haba, arus elektrik atau gelombang bunyi. | Sekolah Rendah |
pencegahan kehamilan | birth control | Proses untuk menghalang kehamilan dengan menggunakan kaedah tertentu seperti penggunaan pil, suntikan atau IUCD. | Menengah Rendah |
penebat haba | heat insulator | Bahan yang digunakan untuk mengurangkan atau menghalang pemindahan haba. Contohnya, senduk kayu. | Menengah Rendah |
bayang-bayang | shadow | Bahagian gelap yang terbentuk apabila objek legap menghalang sinaran cahaya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pil pencegah hamil | contraceptive pill | Pil yang diambil secara oral oleh wanita untuk menghalang kehamilan. | Menengah Rendah |
heparin | heparin | Asid organik kompleks yang ditemui dalam tisu paru-paru dan hati, yang menghalang pengaglutinatan platlet dan pembekuan darah. | Menengah Atas |
tapak pelupusan sampah | landfill | Kawasan pembuangan sampah sarap. Sampah sarap akan dimampatkan dan dikambus dengan tanah untuk mengurangkan bau, menghalang kebakaran dan wabak penyakit. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
batu karang | kidney stone | Hablur sisa buangan berlebihan seperti asid urik, kalsium dan magnesium yang terkumpul dalam buah pinggang dan seterusnya berkembang menjadi batu dan menghalang aliran air kencing. | Menengah Atas |
diafragma | diaphragm | 1. Tisu yang terdiri daripada otot dan tendon yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen mamalia. 2. Alat yang diperbuat daripada getah lembut atau silikon yang dapat menghalang kemasukan sperma, yang digunakan sebagai pencegah kehamilan pada wanita. 3.Kepingan plat tipis yang mengawal kemasukan cahaya, seperti dalam kamera. | Menengah Atas |