Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.rang.ka/] | مرڠکق

Definisi : 1. berjalan dgn ber­tumpu di atas tangan dan lutut: dia terpaksa ~ perlahan-lahan apabila sampai di tempat yg curam; baru pandai ~ a) baru pandai bergerak di atas tangan dan lutut (kanak-kanak); b) ki baru mulai, baru mencuba-cuba (melakukan sesuatu dll); 2. ki berjalan (bergerak, berlalu) dgn perlahan-lahan (bkn masa dll), menyusup: malam ~ dr senja ke Maghrib dan terus masuk waktu Isyak; pengaruh Barat ~ masuk ke dlm alam fikiran kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.rang.ka/] | مرڠکق

Definisi : 1 bergerak dgn bertumpu di atas tangan dan lutut (dada dan perut tidak mencecah tanah): Anaknya baru pandai ~. 2 ki berjalan (bergerak, berlalu) dgn perlahan-lahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkak
Kata Terbitan : merangkak, merangkak-rangkak, merangkaki,

Peribahasa

Biar menyelodok ke bawah rumah,
     asal mendapat telur ayam.

Bermaksud :

Biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok = merangkak.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
reptiliareptileHaiwan vertebrat berdarah sejuk yang mempunyai kulit keras dan bersisik kering, bernafas melalui paru-paru dan bertelur. Reptilia biasanya merupakan binatang yang menyusup dan merangkak. Contohnya, cicak, buaya dan ular.Menengah Rendah

Kembali ke atas