Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.ne.ral] | مينرل

Definisi : 1. bahan pepejal berhablur spt kuarza, arang batu, uranium, dsb, yg terdapat secara semula jadi dlm kerak bumi dan batuan, bahan galian; 2. unsur bukan organik yg ringkas, biasanya diperlukan dlm kuantiti sedikit utk menjalankan metabolisme badan: tubuh kita memerlukan beberapa ~ utama utk tum-besaran dan kehidupan yg sihat; bawang putih juga mengandungi dua ~ pelindung, iaitu selenium dan germanium, yg baik utk kesihatan tubuh manusia; memineralkan menjadikan sesuatu bahan mengandungi mineral. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.ne.ral] | مينرل

Definisi : 1 bahan semula jadi yg diperoleh dr bumi dgn cara digali atau dilombong; bahan galian: Contoh ~ ialah arang batu dan besi. 2 unsur bukan organik yg ringkas, biasanya diperlukan dlm kuantiti yg sedikit utk menjalankan metabolisme badan: Tubuh kita memerlukan beberapa ~ utama utk tumbesaran dan kehidupan yg sihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mineral


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
mineralmineralPepejal tak organik berhablur yang wujud secara semula jadi dalam kerak bumi. Mineral lazimnya diperoleh secara perlombongan.Menengah Rendah
asid mineralmineral acidAsid tak organik seperti asid sulfurik (H2SO4), asid hidroklorik (HCl) dan asid nitrik (HNO3).Menengah Atas
marmarmarbleMineral kalsium karbonat yang diperoleh daripada batu kapur, digunakan sebagai kemasan lantai dan dinding.Menengah Rendah
malakitmalachiteSejenis mineral berbentuk hablur dan berwarna hijau terang. Malakit digunakan sebagai sumber kuprum, batu perhiasan dan pewarna.Menengah Rendah
kasiteritcassiteriteBahan mineral berwarna hitam, coklat atau putih yang terdiri daripada timah(IV) oksida dan merupakan sumber bijih timah yang utama.Menengah Rendah
emasgoldSejenis mineral semula jadi yang berwarna kuning terang dan tidak teroksida dalam udara atau air. Emas ialah unsur kimia yang kurang reaktif. Nama saintifiknya aurum.Menengah Rendah
bijihoreBahan mineral semula jadi yang mengandungi beberapa unsur, satu daripadanya terdiri daripada logam. Contohnya, ferum oksida (bijih besi).Menengah Rendah
seramikceramicBahan daripada mineral bukan logam, bersifat keras dan mempunyai takat lebur yang tinggi. Contohnya, porselin.Menengah Rendah
batuanrockCampuran bahan mineral yang terdapat dalam kerak bumi. Contohnya, pasir dan gamit.Menengah Rendah
xilemxylemTisu tumbuhan yang mengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan, dan merupakan tisu penyokong utama dalam tumbuhan. Lihat RajahMenengah Rendah
123

Kembali ke atas