haba peneutralan | heat of neutralization | Perubahan tenaga apabila satu mol air terbentuk daripada tindak balas antara satu mol ion hidrogen (H+), dengan satu mol ion hidroksida OH-. | Menengah Atas |
mol | mole | Suatu unit asas SI bagi menyukat kuantiti bahan. Satu mol bahan mengandungi bilangan zarah yang sama banyak dengan bilangan atom dalam 12 g karbon-12, iaitu 6.02 x 1023 zarah. | Menengah Atas |
jisim molar | molar mass | Jisim satu mol bahan dalam unit gram per mol. | Menengah Atas |
kemolaran | molarity | Bilangan mol zat larutan yang terdapat dalam 1 liter larutan. Contohnya, kemolaran larutan akueus natrium klorida ialah bilangan mol natrium klorida yang larut dalam 1 liter air. | Menengah Atas |
molar | molar | Kepekatan sesuatu larutan apabila 1 mol bahan larut dalam pelarut, menghasilkan 1 liter larutan. Contohnya, larutan molar natrium hidroksida terdiri daripada 1 mol atau 40 g pepejal natrium hidroksida, dilarutkan dalam 1 liter air suling. | Menengah Atas |
isi padu molar | molar volume | Isi padu yang dipenuhi oleh satu mol sesuatu bahan pepejal, cecair, atau gas. Ia ini juga dikenali sebagai isi padu mol. | Menengah Atas |
nombor Avogadro | Avogadro number | Bilangan zarah dalam satu mol bahan. Nilai nombor Avogadro ialah 6.023 x 1023 . | Menengah Atas |
haba penyesaran | heat of displacement | Perubahan tenaga apabila satu mol logam disesarkan daripada larutan garamnya. | Menengah Atas |
haba pemendakan | heat of precipitation | Perubahan tenaga apabila satu mol mendakan terbentuk daripada ion-ionnya. | Menengah Atas |
haba pembakaran | heat of combustion | Haba yang dibebaskan apabila satu mol bahan dibakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan. | Menengah Atas |