asid ribonukleik | ribonucleic acid | Asid nukleik yang memainkan peranan yang penting dalam sintesis protein semua organisma hidup. Ia adalah bahan genetik bagi kebanyakan virus. | Menengah Atas |
asid deoksiribonukleik | deoxyribonucleic acid | Asid nukleik yang memainkan peranan penting dalam juzuk utama kromosom yang membentuk bahan genetik kebanyakan organisma hidup. | Menengah Atas |
biologi molekul | molecular biology | Kajian struktur dan fungsi molekul organisma hidup khususnya protein dan asid nukleik. | Menengah Atas |
makromolekul | macromolecule | Molekul yang mempunyai jisim molekul yang sangat besar. Makromolekul juga biasanya merujuk kepada polimer yang mempunyai jisim molekul yang tinggi. Contohnya, protein dan asid nukleik. | Menengah Atas |