pemuliharaan alam | conservation | Proses pelaksanaan pelan pengurusan ekosistem untuk melindungi kepelbagaian sumber bumi. | Menengah Rendah |
pertumbuhan | growth | Proses pertambahan saiz dan kerencaman organisma akibat pertambahan bilangan sel dan tisu. Pertumbuhan melibatkan tiga peringkat perkembangan, iaitu pembahagian, pemanjangan dan pembezaan sel. | Menengah Rendah |
paru-paru | lungs | Organ pernafasan vertebrat. Organ ini mengandungi banyak alveolus yang menjadi tempat proses pertukaran gas. Paru-paru dikenali juga sebagai peparu. | Menengah Rendah |
alveolus | alveolus | Pundi udara yang halus di dalam paru-paru tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pada paru-paru vertebrat, rongga ini mempunyai membran yang nipis, kaya dengan rangkaian kapilari darah dan terletak di hujung bronkiol. Dindingnya yang lembap berperanan sebagai permukaan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
pengguna sekunder | secondary consumer | Organisma yang sebahagian besarnya terdiri daripada haiwan karnivor yang memakan pengguna primer. Pengguna sekunder seperti tikus dan burung akan memakan pengguna primer seperti belalang yang mendapatkan makanan daripada pengeluar. | Menengah Rendah |
perubahan fizikal | physical change | Proses perubahan pada sifat-sifat fizikal sesuatu bahan seperti bentuk, saiz, warna, jisim dan ketumpatan. Perubahan fizikal pada sesuatu bahan tidak akan mengubahkan keadaan kimianya. Contohnya, perubahan air kepada ketulan ais. | Menengah Rendah |
parasit | parasite | Organisma yang hidup di permukaan atau di dalam perumah. Parasit mendapatkan keuntungan daripada perumah tetapi memudaratkan perumah tersebut. Parasit yang hidup di permukaan perumah disebut ektoparasit, manakala yang hidup di dalam perumah disebut endoparasit. | Menengah Rendah |
tekanan | pressure | Daya per unit luas. Tekanan diukur dalam unit newton per meter persegi, N/m2 atau pascal, Pa. | Menengah Rendah |
sulur | sucker | Pucuk baru yang berkembang dari bahagian pangkal atau akar pokok. Contohnya, sulur pada pokok pegaga. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
peristalsis | peristalsis | Proses pergerakan berombak pada esofagus untuk menolak bebola makanan ke perut akibat pengecutan dan pengenduran otot secara berturut-turut. | Menengah Rendah |