pemindahan darah | blood transfusion | Proses memasukkan sejumlah darah yang diperoleh daripada penderma kepada penerima secara langsung. | Menengah Rendah |
pendebungaan | pollination | Proses pemindahan debunga dari anter ke stigma sebelum berlakunya persenyawaan dalam tumbuhan berbunga. Pemindahan ini biasanya berlaku dengan bantuan agen pendebungaan seperti serangga, angin dan air. | Menengah Rendah |
pendebungaan | pollination | 1. Pemindahan debunga daripada anter ke stigma sebelum persenyawaan berlaku pada angiosperma. 2. Pemindahan debunga daripada kon jantan ke kon betina sebelum persenyawaan pada gimnosperma. | Menengah Atas |
konduksi | conduction | Pemindahan haba atau pengaliran arus elektrik melalui sesuatu bahan. | Sekolah Rendah |
perolakan | convection | Proses pemindahan bendalir panas yang kurang tumpat ke atas dan bendalir sejuk yang lebih tumpat ke bawah. | Menengah Rendah |
konduksi | conduction | Proses pemindahan tenaga haba menerusi pepejal dari suhu tinggi ke suhu yang lebih rendah. | Menengah Rendah |
rantai makanan | food chain | Pemindahan tenaga sehala dari satu organisma ke organisma yang lain secara berturutan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
persetubuhan | copulation/sexual intercourse | Pemindahan sperma dari organ seks jantan ke organ seks betina untuk mensenyawakan ovum. | Menengah Rendah |
rantai makanan | food chain | Pemindahan tenaga daripada tumbuhan hijau (pengeluar) melalui satu urutan organisma. Satu organisma akan makan organisma di aras rantai makanan yang lebih rendah. Lihat Rajah | Menengah Atas |
pendebungaan sendiri | self-pollination | Proses pemindahan debunga dari anter ke stigma bunga yang sama atau bunga lain dalam tumbuhan yang sama. | Menengah Rendah |