Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.cu.tan] | ڤڠچوتن

Definisi : perihal atau perbuatan menge­cut(kan): ~ otot rambut membuat rambut berdiri lebih tegak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.cu.tan] | ڤڠچوتن

Definisi : perbuatan (hal dsb) mengecut atau mengecutkan: ~ otot-otot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengecutan


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sistolesystoleFasa atau tempoh pengecutan jantung. Sistole atrium melibatkan pengecutan atrium untuk menghantar darah ke dalam ventrikel. Sistole ventrikel pula melibatkan pengecutan ventrikel untuk menghantar darah ke seluruh badan.Menengah Atas
pengecutancontractionProses yang menjadikan saiz sesuatu bahan semakin mengecil.Menengah Rendah
pengecutancontraction1. Proses yang menjadikan saiz sesuatu bahan semakin mengecil. 2. Pemendekan suatu otot sebagai gerak balas kepada impuls saraf motor.Menengah Atas
plasmolisisplasmolysisProses pengecutan protoplasma sel akibat kehilangan air disebabkan oleh tekanan osmosis yang tinggi.Menengah Atas
krenasicrenationProses pengecutan sel haiwan yang disebabkan oleh kehilangan air daripada sitoplasma sel ke persekitaran yang hipertonik.Menengah Atas
degupan jantungheartbeatRentak pengecutan otot ventrikel kiri jantung yang dapat dirasai oleh arteri.Menengah Rendah
kadar denyutan nadipulse rateKadar pengembangan dan pengecutan saluran darah (arteri) per minit.Sekolah Rendah
peristalsisperistalsisProses pergerakan berombak pada esofagus untuk menolak bebola makanan ke perut akibat pengecutan dan pengenduran otot secara berturut-turut.Menengah Rendah
otot interkostaintercostal muscleOtot di antara dua tulang rusuk yang membantu mekanisme penafasan. Pengecutan dan pengenduran otot ini akan mengubah tekanan dan isi padu dalam rongga toraks.Menengah Rendah
atriumatriumDua ruang yang terdapat dalam jantung manusia yang menerima darah dari vena. Pengecutan atrium menyebabkan darah tertolak ke dalam ventrikel. Dinding atrium lebih nipis dan saiznya lebih kecil berbanding ventrikel. Lihat RajahMenengah Rendah
12

Kembali ke atas