Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.ja.tan] | ڤڽجتن

Definisi : perihal menyejat (menjadi kering): utk menghindarkan ~, permukaan air itu hendaklah dilapisi dgn minyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.ja.tan] | ڤڽجتن

Definisi : hal atau proses menyejat: ~ air lebih cepat berlaku apabila suhu tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejat (adjektif)
Bersinonim dengan kering, ringkai, timpas, kasang, cerin, cering, gersang;,
Kata Terbitan : menyejatkan, tersejat, penyejatan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penyejatanevaporationProses yang berlaku apabila cecair bertukar menjadi wap pada suhu di bawah takat didih, hanya melibatkan permukaan cecair dan boleh berlaku sepanjang masa.Menengah Rendah
penyejatanevaporationPerubahan keadaan bahan daripada cecair kepada wap air yang berlaku pada permukaan air pada sebarang suhu.Sekolah Rendah
kadar penyejatanrate of evaporationKadar yang diambil oleh cecair untuk berubah menjadi gas.Sekolah Rendah
penyulingandistillationProses penyejatan dan kondensasi semula yang digunakan untuk mengasingkan atau menulenkan cecair mengikut takat didih. Contohnya, air suling.Menengah Atas
kadar transpirasirate of transpirationKadar kehilangan air melalui penyejatan pada permukaan tumbuhan dalam bentuk wap air ke persekitaran.Menengah Atas
transpirasitranspirationProses kehilangan air dari permukaan daun tumbuhan secara penyejatan.Menengah Rendah
tarikan transpirasitranspiration pullDaya tarikan molekul air dalam tumbuhan akibat penyejatan air dari daun.Menengah Atas
kitar airwater cyclePergerakan air yang berterusan antara atmosfera, daratan dan lautan. Penyejatan air dari permukaan bumi membentuk wap air, yang akan terkondensasi membentuk awan dan kembali ke permukaan bumi dalam bentuk hujan atau salji. Lihat RajahMenengah Rendah
ais keringdry iceKarbon dioksida pepejal yang memejalwap pada tekanan biasa. Ais kering disediakan secara penyejatan karbon dioksida cecair yang dilakukan dengan cepat.Menengah Atas
ais keringdry iceKarbon dioksida pepejal yang memejalwap pada suhu -78°C (195 K) pada tekanan piawai. Ais kering disediakan secara penyejatan karbon dioksida cecair yang dilakukan dengan cepat. Ais kering berfungsi sebagai bahan penyejuk.Menengah Rendah

Kembali ke atas